Thursday, August 27, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran di Aman Jaya, Sungai Petani.

 


Kedah akan berkuatkuasa 12.01 malam ini, 28 Ogos 2020 sehingga satu tempoh yang akan diumumkan.
• Merangkumi 3 daripada 5 kawasan di Aman Jaya (Kenanga, Melur dan Mawar) yang melibatkan kawasan perumahan.
• Melibatkan 265 rumah yang sedang diletakkan di bawah HSO (daripada jumlah 303 seluruh Aman Jaya) kerana kontak kepada 7 kes positif.
• Kes positif dalam kalangan (1 Petugas hospital swasta, 6 murid dan guru sekolah (kes pada 24 Ogos 2020.)
• Melibatkan 22,360 orang, saringan 25,000 orang.
• Sekolah/taska, masjid/rumah ibadat ditutup, pembelian makanan secara 'take away', kedai runcit dan perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan beroperasi. Pasar malam/tani dan perkhidmatan yang tidak utama tidak dibenarkan, manakala pasar harian dibenarkan.
• 1 orang sahaja dibenarkan sebagai wakil rumah untuk membeli barangan keperluan.
• Pekerja tidak dibenarkan untuk keluar bekerja. Majikan perlu membenarkan pekerja bekerja dari rumah. Bagi kes-kes kecemasan perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
• Sekatan jalan raya akan dilaksanakan oleh PDRM/ATM bagi mengawal pergerakan keluar masuk.
• PDRM memohon SOP PKPD diberikan dengan kadar segera bagi tujuan penyelarasan di lapangan.
 

- Menteri Kanan Pertahanan  YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
 -

1 comment:


  1. menangkan uang sebanyak-banyaknya hanya di AJOQQ :D
    AJOQQ menyediakan 9 permainan seru :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...