Monday, February 26, 2018

Apabila pimpinan PAS buat kerja syirik dengan dok meramal berapa panjang umur..??


Pertamanya Parti AMANAH MARANG sangat berterima kasih kepada Timbalan Pesuruh Jaya ll PAS Negeri Terengganu kerana sudi menujum tarikh hayat Parti AMANAH Negara. Terima kasih sekali lagi.

Seperti sebelum ini, amalan menujum hayat Parti AMANAH bukan beliau sahaja, bahkan termasuk Presiden PAS sendiri, yang mana seorang yang di gelar sebagai Tuan Guru, dan pernah dihebohkan bermimpi Nabi beberapa kali, demi ingin menyatakan ketelusan matanya dalam menujum.

Akan tetapi, akhirnya diketahui ramalan Presidennya sendiri meleset dan tidak benar, jadi kalau Presiden pun boleh salah dalam meramal, takkan seorang Doktor seperti beliau lebih telus pandangan mata dari Presidennya sendiri.

AMANAH MARANG dan "PH" MARANG sama sekali tidak pernah membuat keputusan terburu buru, untuk bertanding di Parlimen MARANG dan juga semua DUN di Marang.

Ianya dibuat atas kajian dan culaan yang teliti dari semua pihak, dan kita yakin bahawa AMANAH MARANG dan "PH" MARANG mampu menyumbang sekurang-kurangnya satu Kerusi Parlimen dan empat Kerusi baru di Pusat dan Negeri.

Untuk makluman semua. Ahli PAS yang layak mengundi di MARANG tidak lebih dari 8 ribu orang sahaja , ini menunjukkan bahawa Presiden PAS sendiri tahu nasibnya di MARANG jika golongan atas pagar tidak mengundi beliau.

Dan sejarah telah terbukti , beliau pernah tewas di gelanggang sendiri disebabkan undi atas pagar berpindah kepada Calon BN.

Atas sebab sebab inilah AMANAH MARANG berani untuk bertanding, dan kami optimis dengan kemenangan. AMANAH MARANG tidak bersendirian , kami masih ada kekuatan dari rakan PAKATAN HARAPAN yang lain , terdiri dari PKR , BERSATU dan DAP.

Penyokong PAKATAN HARAPAN di MARANG bukan sedikit , lebih 35 ribu orang , yang akan menjadi terasnya ialah undi dari atas pagar dan undi Cina
Oleh itu PAS jangan suka memperlekehkan lawannya.

AMANAH MARANG mengingatkan PAS Terengganu dan juga PAS MARANG agar istiqomah untuk mempamerkan sifat matang dan sejahtera yang pernah ditunjukkan kepada UMNO BN sekarang ini.

Janganlah slogan itu dicipta semata-mata kerana ingin berlunak dengan UMNO-BN sahaja.

Sekian.

Miqdad Zakaria.
Tim. "PH" MARANG.
Pengerusi AMANAH MARANG.
25hb Feb 2018.

1 comment:

  1. Penyakit dalan parti ni, terletak pada satu sorang sahaja... Bila takde orang itu, sembuhlah penyakit yang dihidapi oleh parti itu.
    Sapa orang itu? Penyakit apa yang dihidapi?
    Jawapan:
    Aku Orang SUCI,
    dan penyakitnya, Aku la SUCI!!

    ReplyDelete