PEKAN, adalah satu2nya kawasan yang jarang diusik oleh Pembangkang. Ini kawasan kubu kuat PM, Najib yang mana kawasan ini telah di'pagar' serapi2nya agar Pembangkang tidak boleh masuk ke sini. Namun, belum tercatat sejarah di Pekan, Umno/Bn menang tidak bertanding di situ. Aku teringat sebelum PRU13 yang lalu, Pekan pernah digempur oleh Anwar di dalam jelajahnya ke Pahang.
Di dalam programnya, di dalam satu hari ada tiga program Anwar di Pahang bermula di Lanchang di sebelah petang, kemudiannya bergegas ke Taman Seri Mahkota Jaya, Bt 11, Paya Besar , Kuantan untuk berceramah di mana sekitar 7 Ribu memenuhi padang taman tersebut.
Selepas berceramah di situ, beliau telah bergegas ke kawasan Pekan pula untuk ceramah terakhirnya. Aku waktu itu terlibat sebagai anggota keselamatan mengiringi kenderaan beliau untuk ke Pekan. Ceramah di Pekan diadakan di Markas PAS, Kg.Mengkasar berhampiran dengan pintu masuk utama ke bandar Pekan. Akibat kesesakan jalan yang teruk, di mana terdapatnya sekatan jalanraya yang diadakan, Anwar terpaksa menaiki motosikal orang ramai yang lalu lalang di situ untuk sampai ke tempat ceramah. Beliau sempat berceramah selama satu jam sebelum pihak polis mengarahkan acara ditamatkan sekitar jam 12.00 malam.
Sokongan rakyat di Pekan juga sungguh menakjubkan serta dilaporkan sekitar 5,000 orang telah hadir mengikuti ceramah tokoh reformasi ini. Ertinya, kita tetap menggempur Pekan dan tidak akan membiarkan Najib bernafas lega di situ walaupun terdapat perkampungan Kemboja diwujudkan di Pekan selain dari pengundi2 pos/awal di Pengkalan Tentera Kem Batu 10 (Tentera Darat) dan Kem Batu 9 (TUDM) yang banyak membantu kemenangan Umno/Bn.
Kita masih ingat, Najib hampir tewas di Pekan suatu ketika dahulu dengan memperolehi majoriti begitu tipis, itu pun dengan bantuan undi pos. PRU14 kali ini, Najib juga tidak boleh menarik nafas lega setelah memenjarakan Anwar di Sg Buluh. Perancangan Najib tidak boleh mengatasi perancangan Allah. Ditakdirkan, Anwar masuk penjara, Tun M pula keluar dari Umno/Bn dan menyertai gerakan Pakatan Harapan yang membawa obor2 perjuangan dan semangat reformasi yang dicetuskan oleh Anwar sejak tahun 1998.
Di dalam usia mencecah ke 93 tahun, mantan PM selama 22 tahun dan mantan Presiden Umno, Tun M mungkin tidak secergas Anwar untuk bergerak pantas 3, 4 program serentak di dalam satu hari. Namun, Tun M di dalam keadaan usia dan kesihatannya yang sering terganggu sanggup turun ke merata2 kawasan demi memastikan Najib, Umno/Bn terkubur di dalam PRU14 akan datang. Bakal PM ke 7 itu tidak pernah melupakan Pekan jauh sekali untuk takut menggempur Pekan.
Di dalam Jelajah Pimpinan PH ke Negeri Pahang, kawasan yang telah dikenalpasti untuk digempur oleh Tun M bersama panglima2ya yang lain iaitu, Kak Wan, Mat Sabu serta Guan Eng adalah di sebuah kawasan felda di Dun Chini, Pekan. InsyaAllah, penghujung bulan ini sekiranya keadaan kesihatan Tun M mengizinkan, beliau akan turun ke Pekan.
Tarikh serta lokasi yang tepat akan dimaklumkan sedikit masa lagi. Sehubungan itu, ayuh semua warga Pekan terutamanya, warga felda khususnya dan semua rakyat Pahang kita berkumpul beramai2 untuk mengikuti apa yang akan diperkatakan oleh Tun M di hadapan 'pintu rumah' Najib.
Apakah akan ada gangguan atau sekatan terhadap program ini nanti? Adakah Najib berani menyaksikan demokrasi diamalkan secara sihat di kawasannya? Sama2 kita nantikan.
WFAUZDIN NS
No comments:
Post a Comment