Sunday, February 18, 2018

HOSPITAL PENDANG - PENGARAH KESIHATAN bukan main pulun nak bagi jadi realiti tapi dimana silapnya masih gagal sampai sekarang

18 Februari 2018

HOSPITAL PENDANG: Status Terkini.


Sebelum ini saya telah kongsi berkenaan Perancangan Pembinaan Hospital Pendang. Pelbagai reaksi ada yang bersyukur dan positif malah ada yang negatif.

Apapun Syukur Alhamdulillah kerana projek ini telah dibuka untuk tender pada 22 Disember 2017. Projek ini dibawah agensi pelaksana iaitu Cawagan Kerja Kesihatan (CKK) JKR KL.

Hospital ini akan dibina secara DESIGN & BUILT ia tidak mengikut plan piawai mana2 hospital sedia ada. Bila ianya dilaksanakan secara DESIGN & BUILT maka kontrak2 yang terlibat diberikan tempoh sekurang2nya enam (6) bulan untuk kemukakan proposal atau cadangan. Selepas itu pihak CKK akan membuat pemilihan dan kontraktor terpilih akan menandatangani surat setuju terima dengan pihak kerajaan.

Saya selaku Pengarah Kesihatan Negeri Kedah berpandangan bahawa saya harus bertanggung jawab untuk memberi pencerahan kepada masyarakat akan status perancangan projek2 terutama yang menjadi harapan dan tumpuan masyarakat atau rakyat. Namun sebagi penjawat awam, saya perlu juga patuhi arahan dan dasar2 kerajaan sediaada. Adakalanya bukan mudah untuk membuat keputusan. Oleh itu harap semua pihak faham kedudukan saya.


Apa yang boleh saya katakan, perancangan sesebuah projek perlu melalui pelbagai peringkat. Semestinya pelbagai aspek perlu diambil kira terutamanya "Value for money".

Namun apa yang pasti, kami yang terlibat dalam merancang dan merealisaikan impian semua pihak perlu pastikan segala aspek diambil kira semoga penduduk Daerah Pendang malah seluruh rakyat Negeri Kedah akan dapat menafaat yang terbaik daripada projek ini.

Alhamdulillah, setelah perbincangan dan bengkel bengkel diadakan, daripada HOSPITAL DAERAH TANPA PAKAR KINI DJADIKAN HOSPITAL PENDANG BERPAKAR MINOR.

Kos yang dimuktamadkan mencecah lebih 222 juta.

Hospital ini mempunyai 126 katil NAMUN berkeupayaan untuk ditambah menjadi 250 bilangan katil.

Sepuluh (10) bidang kepakaran yang akan disediakan adalah;
- Perubatan Am
- Pembedahan Am
- Pediatrik
- Obstetrik dan Ginekologi
- Kecemasan dan Trauma
- Anaesthesia
- Orthopedik
- Radiologi
- Psikiatri
- Patologi

Selaku Pengarah Kesihatan Negeri, pastinya pasukan kami di Jabatan Kesihatan Negeri Kedah akan pantau perkembangan projek ini kerana sebagai makhluk Allah SWT yang diberikan amanah dan tanggungjawab, sudah semestinya akan sentiasa berdoa dan mengharapkan ianya dipermudahkan Allah SWT.

Saya dan anak2 buah saya, KAMI berusaha untuk kearah menjadikan setiap pekerjaan itu suatu kebaikan kerana bila sampai masanya nanti kami akan dipersoalkan setiap amanah yang diberikan.

InsyaAllah kami akan berusaha yang terbaik namun segalanya dengan izin Allah SWT.

Sekian, terima kasih.
Dato' Dr. Norhizan Bin Ismail
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah

#maipakatsihat
#transformasijknkedahcemerlang.

Link : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215442659369000&id=1513242126

No comments:

Post a Comment