Sunday, February 11, 2018

Kenapa Dividen KWSP untuk Simpanan Shariah 6.40%..?

DIVIDEN SIMPANAN SHARIAH KWSP


Alhamdulillah Simpanan Shariah berjaya mencatat 6.4 % namun sedikit rendah berbanding konvensional antaranya kerana dua sebab utama iaitu:-

1. Prestasi saham-saham pelbagai institusi kewangan konvensional (riba) terbesar yang dilabur oleh simpanan konvensional mencatat keuntungan dan dividen besar pada tahun 2017. Manakala simpanan Shariah hanya boleh melabur dalam satu bank Islam sahaja. Justeru, tiada sumber keuntungan Simpanan Shariah datang dari hasil industri riba seperti simpanan konvensional.

2. Prestasi saham-saham patuh syariah yang dipegang oleh tabungan simpanan syariah antaranya dalam sektor telekomunikasi, gas dan minyak mengalami penurunan semenjak 18 bulan yang lalu berbanding harga kos sewaktu belian dahulu. Ini menjadikan kadar dividen simpanan syariah terganggu disebabkan peratusan ‘impairment’ yang lebih besar.
Pun begitu seluruh dividen 6.4 % dari Simpanan Shariah yang dikira melalui cara ‘daily balance’ (baki harian) tersebut akan dinikmati sepenuhnya oleh ahli TANPA PERLU sebarang pembersihan kerana semua diraih melalui pelaburan patuh Shariah. Tahniah... !!

Manakala bagi muslim/muslimah yang mendapat 6.9 % hasil dividen simpanan konvensional, kalian WAJIB membuat pembersihan kerana majoriti dividen datang dari sumber TIDAK PATUH SHARIAH. Jumlah kadar pembersihan?? sangat banyak iaitu 64 % dari dividen konvensional tersebut, maka itu menjadikan dividen penyimpan konvensional sangat rendah jika dilihat dari perspektif patuh Shariah.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
elzarshariah.com

No comments:

Post a Comment