Saturday, March 17, 2018

Anak Muda Doktor, kenaikan basic tahunan hanyalah RM25 sahaja..!

WAHAI ANAK MUDA.


Aku dulu pernah jawat jawatan anak muda, sama seperti kamu hari ini.

Aku dulu mula kerja sbg Doktor Perubatan, tahun 1996, gaji mula aku RM1623.00 sebulan.

Sekarang 2018, anak muda mula kerja sbg Doktor Perubatan, gaji mula RM2200.00 sebulan.

Beza 2018 dgn 1996 adalah 23 tahun.
Beza RM2200.00 dgn RM1623 adalah RM577.00
Bermakna kadar kenaikan gaji doktor perubatan RM577/23 bersamaan RM25 setahun.

Wahai Anak Muda,

Aku juga ada anak, dah jadi anak muda sebaya dengan kamu.

Mengapa aku ambil contoh Doktor Perubatan, bukan profesyen yg lain, sebagai contoh, sebagai rujukan perbandingan?

Sebab, Doktor Perubatan ini berkelulusan Ijazah, bukan Diploma, bukan Vokasional, bukan Kolej Teknik.


Supaya Anak Muda fikir-fikirkan, jika berkelulusan Ijazah Doktor Perubatan pun hanya mampu pakai MyVi 1.3cc, tak mampu beli rumah kawasan strategik yg hampir dgn hospital, hanya mampu menyewa apartment2 di Kota, di bandar2, apatah lagi yg bukan berkelulusan ijazah Universiti?

Wahai Anak Muda,

Aku dulu dapat biasiswa pengajian, pergi masuk Universiti bawa satu bag pakaian sahaja, selebihnya semua ditanggung kerajaan.

Hari ini, tiada lagi biasiswa pengajian tinggi, yg ada pinjaman untuk belajar. Mereka sebut PTPTN.

Tak kesah apa jua nama pinjaman, ianya tetap pinjaman yg kamu wajib bayar.

Aku ambil contoh Kursus Jururawat Hospital. Pinjaman RM50-60K untuk dapatkan Sijil Diploma Kejururawatan. Tamat pengajian, wajib bayar pinjaman.

Gaji mula jururawat pula RM1200 sebulan. RM300 sebulan terpaksa dipotong bayar pinjaman. Tinggal RM900.

RM900 sebulan, jangan kata MyVi 1.3cc, Kancil pun belum tentu! Yg aku tengok, ramai pakai motosikal! Ah....staff aku pun ada yg kemalangan motosikal di jalanraya!

Wahai Anak Muda,

Ketahuilah, Kamu Anak Muda mampu mengubah keadaan ini, dengan kuasa UNDI.

Wahai Anak Muda,

Jika kamu mahu kekal spt di atas, hidup penuh kesempitan, dibelenggu hutang piutang yg tak sewajarnya, Undilah BN.

Jika kamu mahukan PERUBAHAN YG LEBIH BAIK, berilah peluang kpd Pakatan Harapan, Undilah PH.

Nasib kamu, di tangan kamu sendiri!

Kami yg sudah lalui episode sbg Anak Muda, menyuarakan perkara ini bukan lagi untuk kami, kerana masa kami 'sudah berlalu', tapi untuk kamu dan generasi kamu Wahai Anak Muda.

Wahai Anak Muda,

Bangkitlah dari lamunan ini...!

Dari fb Zaidi Zakaria

No comments:

Post a Comment