Tuesday, March 13, 2018

Madrasah perlu dana RM750,000

Madrasah perlu dana RM750,000
YAN - Madrasah Mazahirul Ulum Lil Banat yang terletak di Bukit Choras Yan memerlukan dana RM750,000 bagi tujuan membeli kediaman untuk menempatkan pelajar.

Pengetuanya, Mohamad Hizam Abu Bakar berkata, madrasah berkenaan mempunyai pelajar seramai 300 orang dan 11 pelajar perempuan.

“Sekarang ini pelajar perempuan tinggal di rumah sewa sejauh 800 meter dari pusat pengajian,” katanya.

Menurutnya, pemilik rumah sewa berkenaan mahu menjual tanah tersebut bersama lapan unit rumah yang menjadi tempat tinggal pelajar perempuan dan kakitangan madrasah.

“Namun begitu dana yang dimiliki pihak madrasah tidak mencukupi dan berharap orang ramai sudi membantu bagi membolehkan pihak madrasah membeli lapan unit rumah berkenaan.



“Kami sangat risau jika rumah berkenaan lepas ke tangan orang lain, pelajar dan kakitangan madrasah akan kehilangan tempat tinggal,” katanya.

Menurutnya, pemilik tanah juga bersetuju untuk memberi kelonggaran kepada pihak madrasah bagi membayar RM400,00 dahulu pada peringkat permulaan.

“Selebihnya pemilik tanah membenarkan pihak madrasah membayar secara ansuran,” ujarnya.

Katanya, sekarang ini dia sangat berharap belas ehsan orang ramai untuk membantu mereka.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun Bank Islam 02011020936540 atas nama Madrasah Mazahirul Ulum.

No comments:

Post a Comment