Wednesday, March 7, 2018

Najmuddin tidak tuntut wang dibekukan kerana kos mahal, kata KPN

Najmuddin tidak tuntut wang dibekukan kerana kos mahal, kata KPN
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd tidak menuntut semula wangnya yang dibekukan di Australia kerana didakwa proses itu bakal menelan belanja besar.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata ini merupakan sebab Wan Ahmad belum menuntut wang tersebut.

“Dia (Wan Ahmad Najmuddin) berpendapat sekiranya dia teruskan untuk mendapatkan kembali wang tersebut, kosnya mungkin lebih besar kerana urusan ini melibatkan luar negara,” katanya seperti dipetik Astroawani hari ini.

Pada 2 Mac lalu, akhbar Australia Sydney Morning Herald telah melaporkan pembekuan akaun Wan Ahmad Najmuddin dengan jumlah lebih A$320,000 (RM971,800) kerana disyaki mempunyai wang atau hasil daripada kegiatan jenayah.

Bagaimanapun, Fuzi berkata hasil siasatan mendapati wang tersebut diperoleh hasil daripada penjualan rumahnya di Shah Alam yang pada waktu itu berharga RM700,000 (A$260,770).

No comments:

Post a Comment