Saturday, March 24, 2018

Profesor Kangkong jadi Kongkang?


Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi :

1. Aku ingatkan dia hebat sangat. Rupa-rupanya apabila bercakap, dia lebih banyak berinteraksi dgn kertas drpd audience.

 2. Tajuk wacana mengenai usia Tun M tapi dia hentam DAP, tuduh PH dikuasai oleh DAP sehingga diberhentikan oleh moderator sebab terkeluar tajuk.

 3. Ketika Tun M sampai, khalayak bangun menyambutnya, tetapi tidak dia. Yalah... Tun M orang tua, apa salah utk bangun menghormatinya? Hormatlah orang tua.

 4. Dia juga ambil kesempatan hentam PH kononnya tiada agenda Islam dalam manifesto. Tajuk wacana ialah usia Tun M bukan manifesto PH. Kenapa jauh benar konarnya?

 5. Syok juga apabila dia nak buktikan Tun M tak layak jadi PM dgn mengungkit habis tarikh kematian adik-beradik Tun M. Apa kena-mengena fakta usia mereka dgn Tun M?



 6. Adakah dia nak kata Tun M juga sudah patut mati kerana adik-beradiknya semua sudah mati? Beradabkah ungkitan yg tiada kaitan sebegitu?

 7. Akhir sekali, dia bergambar sebelah Tun M. Mengikut cerita gambar itu, dia tertunduk saja ketika Tun M berpaling muka ke arahnya.

 8. Ya... Dunia realiti rupa-rupanya tidak sama dengan dunia bilik berhawa dingin ditemani papan kekunci.

 9. Terima kasih kpd Sinar Harian yg menjemput dia ke wacana itu. Sekurang-kurangnya, dalam tempoh hampir dua jam itu, kami sedikit sebanyak boleh mengenali dia.

Mahathir The Legend :

Profesor Kamarul yang kritik Tun sebelum Tun datang punya la kuat bantai Tun.

 Bila berdepan terus terkucil. Masa nak balik Tun tengok muka dia. Siap tenung. Tapi dia tak berani pandang Tun.

 Mungkin tengah geruh dan gementar. Inilah tahap utusan Najib. Takat tu jelah.

 Walau apa pun respek dengan cara Tun Dr Mahathir. Cara senyum tu paling mahal.

Ahmad Muslim Badawi Badawi :

 Tabik lah aku dengan Tun Mahathir.. Tengah tonton video debat Sinar tentang Mahathir, Umur dan usia Mahathir untuk jadi PM.. dalam tengah2 debat, tengah wacana..dalam pada Prof Kangkung termasuk Prof Kamarul kutuk Tun Mahathir.. Tiba2 Tun Mahathir muncul di wacana dan debat Sinar yang tengah rancak kutuk Tun.. Ni baru betul Politician..

 First time aku tengok Prof kamarul berwacana.. aku sampai tak boleh beza, samada yg sedang bercakap tu, sammada dia tu betul2 seorang Profesor.. atau Mat Gian dan penagih dadah.. cakap lalok semacam jer..

 Sapa lah ambik dia bekerja dulu.. sapa yg interview dia ni , ambik dia kerja memang sah rendah IQ dia sama jer.. tapi bila dikenang itu UUM Sintok.. Kenangkan sapa Naib Canselor dia.. takdalah menghairan kan.. itulah standard nya..

2 comments:

  1. Terasa benar benarnya kata2 us fadhil dulu. Bila bc bkaitan uum ni..

    ReplyDelete
  2. Terasa benar benarnya kata2 us fadhil dulu. Bila bc bkaitan uum ni..

    ReplyDelete