ROS dalam kenyataan hari ini berkata ia adalah selaras dengan peruntukan perlembagaan pertubuhan Fasal 10.17, yang memperuntukkan penangguhan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan, yang tidak boleh melebihi 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan.
Menurut ROS, Umno telah menetapkan supaya pemilihan tersebut diadakan pada 19 April 2019.
“Adalah diingatkan bahawa setiap parti (dan pertubuhan) berdaftar hendaklah menjalankan urusan-urusannya mengikut peruntukan perlembagaan berdaftarnya serta Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335],” katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment