Thursday, March 29, 2018

'Umno dalam suasana cemas dan ketakutan’

Mahfuz Omar
SHAH ALAM - “Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Umno dalam suasana cemas dan ketakutan dengan perubahan masyarakat yang mahukan perubahan kuasa poliitik negara,”.

Demikian respons Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berhubung kenyataan Zahid mengenai cubaan pihak tertentu yang didakwa berpotensi melakukan ‘serangan mengejut di saat akhir’ (SLMA) bertujuan menimbulkan kekecohan pada PRU14.

Dakwa Mahfuz, oleh sebab itulah Zahid mengeluarkan kenyataan tersebut, bagi mengalih perhatian rakyat.

“Mereka cuba menyalah dan membebankan pembangkang dengan kelemahan dan kesalahan Umno sendiri.

“Mereka sedang menghadapi serangan dari dalam Umno seperti kenyataan dan kritikan daripada pimpinan senior Umno, yang mengkritik pemimpin Umno pertahan Jho Low seperti anak emas parti itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, tegasnya lantas Umno mencipta persepsi kononnya ada pihak pembangkang yang cuba buat serangan mengejut.

Zahid sebelum ini berkata, polis telah mengenal pasti individu dan organisasi yang berpotensi melakukan SLMA bertujuan menimbulkan kekecohan pada PRU14.

Katanya, ini berlaku pada pilihan raya lalu dengan dakwaan palsu kononnya 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk ke negara ini sebagai pengundi hantu pada PRU lalu.

Menjelang pilihan raya kali ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata polis mempunyai senarai individu dan organisasi tersebut serta isu-isu yang boleh dijadikan senjata untuk tujuan jahat itu.

“Saya tahu ada pihak yang akan melakukan SLMA, kita tahu siapa individu-individu itu, kami telah mengenal pasti blog mana yang akan menularkannya dan kami telah mengenal pasti isu-isu yang berpotensi digunakan sebagai ‘last minute bomb’,” katanya.

Tindakan pasti akan diambil jika ada mana-mana individu atau organisasi melancarkan SLMA, katanya semasa berucap pada majlis Turun Padang Timbalan Perdana Menteri bersama warga Polis Diraja Malaysia di sini.

2 comments: