DR M PEMFITNAH ATAU ANWAR PELIWAT?
Soalan ini sekarang dimainkan oleh cybertrooper Parti yang mengatakan mereka pejuang Islam. Suatu masa depa kata jangan dibangkitkan fitnah yang sedang tidur. Dalam masa yang lain depa bukan saja bangkitkan fitnah yang sedang tidur, sebaliknya depa menari-nari dengan fitnah yang depa sendiri bangkitkan.
Bila depa diserang, depa kata depa difitnah kiri kanan depan belakang atas bawah tapi bla depa berseronok dengan fitnah, semuanya halal atas nama depa pejuang parti berteraskan Islam.
Aku ada terbaca bahawa Anwar sendiri tidak pernah mendendami Tun M atas apa yang berlaku. Kalau pun Anwar tidak memaafkan atau melupakan, kebersamaan Anwar dan Tun M sekarang adalah untuk sesuatu yang lebih besar antara depa berdua. Nasib dan masa depan Malaysia lebih besar.
Adakah Tun M pemfitnah? Jika bukan, adakah Anwar peliwat?
Pergolakan, pertembungan antara Anwar dan Tun dimulakan episod liwat. Tun memecat Anwar atas alasan Anwar tidak baik antaranya kerana liwat. Anwar dipecat dan kemudiannya didakwa di Mahkamah. Adakah Anwar disabitkan bersalah kerana liwat ketika itu? Jawapannya tidak. Anwar dibebaskan oleh Mahkamah. Anwar dipenjara bukan kerana liwat! Itu fakta.
Sudah Mahkamah putuskan Anwar tidak meliwat, bermakna Tun M pemfitnah? Tidak semudah itu untuk meletakkan label pemfitnah. Ya kita boleh anggap ianya fitnah mengikut definisi kita sendiri tetapi mengikut undang-undang samada undang-undang sivil atau syariah, tidak begitu.
Setiap hari di mahkamah, pihak Pendakwaraya mendakwa tertuduh yang dituduh melakukan kesalahan jenayah samada jenayah kecil, sederhana atau berat. Daripada melanggar peraturan lalulintas sehinggalah rogol dan bunuh, ada saja perbicaraan setiap hari.
Ada tertuduh yang dituduh melalui perbicaraan akhirnya dilepaskan dan dibebaskan. Ada tertuduh yang disabitkan bersalah dan dihukum.
Jika tertuduh dilepaskan dan dibebaskan, adakah kita mengatakan pengadu memfitnah? Adakah pendakwaraya yang mendakwa juga terlibat memfitnah? Tidak. Itulah prosedur undang-undang.
Prosedur qazaf pernah diambil oleh Anwar tetapi tidak tahu apa hujungnya.
Adakah Anwar terbukti meliwat? Tidak! Adakah Tun M juga diputuskan memfitnah? Juga tidak.
Jangan terlalu seronok bermain dengan fitnah yang sudah tidor dan dibangkitkan sehingga kita sendiri ikut menjadi agen fitnah.
Di mulut berbuih-buih mengucapkan hadith bahawa "fitnah lebih dahsyat dari membunuh" tetapi mulut itu juga yg berbuih2 memfitnah dan menari-nari dengan fitnah.
Jika yang dikata difitnah sudah melupakan, apa faedahnya awak yang tidak terlibat mengungkit fitnah itu lagi?
Banyak kerusi dalam neraka nak isi ka?
Sekadar pandangan aku saja.
Zulhazmi Shariff.
Batu Caves
18/04/2018
No comments:
Post a Comment