Friday, April 6, 2018

Kabinet ‘suram’, Najib dilihat takut selepas parlimen dibubarkan

Reaksi dan memek muka anggota Kabinet Malaysia selepas pembubaran Parlimen kini menjadi tular dalam media sosial apabila memaparkan wajah yang sugul dan muram.

Gambar itu ditular melalui Whatapps dan Facebook, laman sosial popular di kalangan rakyat negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran parlimen mulai esok dalam satu sidang media jam 12 tengahari tadi.

Acaranya yang sepatutnya bermula jam 11.30 dilewatkan kepada jam 12 yang menjadi tanda tanya pelbagai pihak.

Parlimen pula diumumkan mulai bubar esok bukannya hari ini.


Suasana suram itu turut dikesan oleh timbalan presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyidin Yassin.

“Saya tengok TV tadi, perdana menteri macam orang yang ketakutan,” katanya di satu majlis minum petang di Johor Bahru petang tadi.

Acara itu diadakan bagi mengumpul dana untuk Pakatan Harapan mencabar BN dalam PRU ke-14 yang mesti diadakan dalam tempoh 60 hari mulai esok.

“Muka macam orang penakut,” tambah Muhyiddin sebagaimana dipetik Malaysiakini.

Tambah Muhyiddin kebimbangan yang terpancar di wajah Najib tengah hari ini menunjukkan presiden Umno itu goyah untuk menghadapi PRU ke-14 nanti.

“Dia bimbang sebab dia tahu apa akan berlaku. Dia tau BN akan tumbang, jadi dia bimbang,” katanya.

No comments:

Post a Comment