Menurut kementerian, Mohamad harus menghadiri program rasmi perjumpaan tahunan dengan anggota-anggota tentera udara atas undangan Panglima tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Penerbangan tersebut juga, kata kementerian bagi melengkapkan jumlah jam penerbangan juruterbang demi mengekalkan kompetensi mereka.
"Sehubungan itu, pergerakan berkenaan juga dapat menjimatkan kos pengangkutan berbanding menggunakan pesawat komersial dari aspek masa dan kos penerbangan oleh Kementerian Pertahanan bagi kedua-dua tujuan yang dinyatakan," katanya.
Ia juga, kata kementerian, bagi memberikan pendedahan terhadap keputusan pesawat pengangkut pelbagai guba A400M kepada menteri dan pegawai kanan tentera.
Sebuah portal kelmarin melaporkan seorang peguam Datuk Abu Backer Sidek membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Mohamad menyalah guna aset kerajaan.
Abu Backer mendakwa, majlis berbuka puasa kementerian itu hanyalah wayang bagi membolehkan Mohamad untuk pulang ke kampung halaman beliau di Butterworth.
Penggunaan pesawat itu, kata pengamal undang-undang itu melibatkan perbelanjaan tidak kurang RM50,000, sedangkan negara berdepan hutang besar lebih RM1 trilion.
No comments:
Post a Comment