Friday, May 25, 2018

LHDN diarah siasat transaksi 1MDB Jho Low


Kerajaan telah mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat hartawan kontroversi Low Taek Jho dan anggota keluarganya.

“Lembaga Hasil Dalam Negeri diminta siasat Jho Low dan keluarganya berkaitan dengan sebarang pulangan atau penerimaan dalam skandal 1MDB,” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Ahli perniagaan itu masih tidak diketahui keberadaannya.

Bagaimanapun, pada 14 Mei lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan "secara kasarnya" berjaya mengesan lokasi ahli perniagaan kontroversi yang dikaitkan dengan isu 1MDB, Low Taek Jho atau Jho Low.

Bagaimanapun, perdana menteri berkata, "leave it to us (biar kami yang menanganinya).

"Saya sendiri tidak menahan orang, terdapat agensi yang bertugas menangkap orang,” kata Mahathir.

Sebelum ini, Jho Low yang dikatakan rapat dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berulang kali menafikan sebarang salah laku.


Kerajaan HARAPAN sedang melancarkan siasatan berkenaan skandal 1MDB.

Najib yang memimpin BN ke kancah kekalahan selepas 61 tahun berkuasa telah dua kali disoal-siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

No comments:

Post a Comment