Naib Presiden Pemasaran Hilirannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin |
Naib Presiden Pemasaran Hilirannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin berkata pihaknya juga sedang berbincang dengan kerajaan untuk mencari mekanisme terbaik untuk melaksanakan pemberian subsidi itu.
Katanya, kerajaan juga telah beberapa kali bertemu dengan wakil PETRONAS untuk mendapatkan pandangan dan cadangan daripada peserta industri itu dan juga syarikat lain.
"Bagaimanapun, keputusan mutlak terletak di tangan kerajaan dan saya yakin ia akan diputuskan dalam tempoh tidak berapa lama lagi," katanya kepada media pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Kampung Baru, dekat sini, hari ini.
Pada majlis yang sama, Petronas Dagangan Bhd (PDB) turut menyumbang sebanyak 200 silinder gas petroleum cecair (LPG) bernilai hampir RM20,000 untuk membantu Masjid Jamek Kampung Baru menyediakan hidangan utamanya, Bubur Lambuk Agong.
Mengulas mengenainya, Syed Zainal berkata PDB gembira kerana sekali lagi dapat memberi sumbangan kepada majlis tahunan yang dianjurkan oleh Masjid Jamek Kampung Baru bagi berkongsi kegembiraan dalam bulan yang suci ini.
"Kami akan terus memberi sumbangan kepada program tahunan untuk mengekalkan tradisi unik Ramadan di kalangan rakyat Malaysia.
"Pada masa yang sama, PDB juga menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas peralatan memasak di masjid dan berkongsi bersama masyarakat tempatan mengenai panduan keselamatan dalam mengendalikan silinder LPG," katanya.
Terdahulu, sukarelawan PDB membawa kanak-kanak itu membeli baju raya dalam menbolehkan mereka merasai keterujaan membeli-belah untuk persiapan raya.
Selain dari Masjid Jamek Kampung Baru, PDB juga menaja gas PETRONAS untuk pelbagai acara memasak bubur lambuk yang diadakan sepanjang bulan Ramadan.
No comments:
Post a Comment