Bekas menteri kanan, Tan Sri Rafidah Aziz memberikan perumpamaan mudah untuk difahami rakyat mengenai mengapa kerajaan perlu ditukar pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Memberikan analogi Malaysia seperti sebuah rumah besar untuk melindungi rakyat berbilang kaum, Rafidah berkata keadaan rumah itu kini sudah semakin rosak kerana dilanda oleh "makhluk perosak".
Menurut Rafidah rakyat kini mesti menilai prestasi BN dalam 10 tahun lalu untuk memutuskan sama ada kontrak hendak disambung lagi atau menyerahkannya kepada "pengurus" lain untuk tempoh lima tahun akan datang.
"Sekarang ada pihak lain yang menawarkan untuk berkhidmat sebagai kontraktor untuk mengurus rumah kita, Malaysia.
"Ia adalah parti yang di pimpin oleh Tun Mahathir, seorang pemimpin yang telah terbukti kemampuannya, menjaga dan mengurus rumah kita dengan sebaik mungkin untuk sekian lama.
"Sekarang jelas bahawa kontrak kepada BN di bawah Najib & Co tidak wajar disambung lagi," kata Rafidah.
No comments:
Post a Comment