Katanya, kerajaan tidak akan tahu setiap masalah rakyat peringkat bawahan seperti ibu tunggal, orang miskin dan warga emas yang perlukan bantuan jika tidak diberikan maklumat sebenar.
“Bukan sahaja kita (kerajaan negeri), mereka yang diberi tanggungjawab di peringkat daerah dan kawasan juga akan menanggung beban kerana tidak melaksanakan amanah.
“Oleh itu, bantulah kami dengan memberi teguran dan pandangan yang membina,” kata Mukhriz dalam ucapan ringkas selepas bersembahyang subuh berjemaah di Masjid Al-Muhsinin, pagi ini.
Mukhriz berkata beliau sedar peluang kembali menjawat jawatan menteri besar Kedah bagi kali ke-2 mempunyai hikmah dan sebab itu mahu memastikan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Kedah tidak akan disia-siakan.
“Saya akan minta rakan-rakan dalam kerajaan negeri supaya lebih mengambil berat hal-hal berkaitan kebajikan dan pembangunan negeri,” tambahnya.
No comments:
Post a Comment