Friday, June 8, 2018

Dahulu UMNO pertahankan TOL, tapi bila PH menang sibuk pula suruh mansuhkan TOL

Syabas Pembangkang - Teruskan Usaha

https://s2.paultan.org/image/2017/04/PLUS-Electronic-Toll-Collection-41-1-630x420.jpg
Unit Komunikasi Strategik UMNO, mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Pakatan Harapan telah gagal untuk memansuhkan kutipan tol lebuhraya seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan.

Tambah Unit Komunikasi Strategik Umno, pengumuman potongan 50% untuk dua hari sebelum Aidilfitri hanyalah gula-gula politik semata-mata.

Pertamanya aku nak ucapkan syabas kepada Unit Komunikasi Strategik Umno kerana telah mula aktif sebagai pembangkang. Syabas, teruskan usaha anda untuk tempoh 3 - 5 tahun lagi insyaAllah.

Bukan senang daripada duduk senang lenang dalam Kerajaan tiba-tiba nak ubah gaya dan cara sebagai pembangkang.

Kedua, aku nak pesan kepada Unit Komunikasi Strategik Umno tu. Untuk jadi pembangkang yang baik dan berkesan, perlu buat kajian terperinci sebelum nak serang Kerajaan. Jangan serang guna peluru kapur atau peluru terung. Kalau tembakan mengena pun tak bagi kesan apa.

Lain kali nak tembak, guna la peluru hidup. Biar cedera dan berbekas.

Untuk makluman Unit Komunikasi Strategik Umno, [strategik la sangat....] Pakatan Harapan TIDAK menjanjikan penghapusan tol pada kadar segera.

Dalam tawaran 100 hari Pakatan Harapan tidak ada disebutkan tawaran menghapuskan tol.

Tawaran menghapuskan tol hanya dinyatakan dalam Buku Harapan khususnya di muka surat 28 yang menyebutkan seperti berikut :

"Kerajaan Pakatan Harapan akan mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuhraya. Kami akan berunding untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk mengambil alih setiap konsesi tol dengan matlamat akhir untuk menghapuskan kutipan tol secara berperingkat."

Penghapusan tol akan dibuat secara berperingkat wahai mangkok tingkat Unit Komunikasi Strategik Umno oi.

Jadi, jangan la kalot sangat nak tol dihapuskan. Yang pertahankan kutipan tol ialah Umno, tiba-tiba Umno pulak kalot tanya bila PH nak hapuskan. Sabar la ya.

Unit Komunikasi Strategi Umno menambah lagi katanya "kenyataan bercanggah dengan manifesto PH untuk menghapuskan tol di seluruh negara pasti membebankan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan menggunakan lebuh raya untuk perjalanan jauh,"

Ahha..... baru tau rakyat terbeban dengan tol? Yang pertahan tol tu Umno. Kalau buat kenyataan bercanggah pun dianggap membebankan, mempertahankan kutipan tol tu nak dianggap apa wahai Umno? Meringankan beban rakyat dengan mengutip tol?

haaaaaa usahalah lagi untuk menjadi pembangkang yang baik dan berkesan. Jangan masuk serbu tak pakai helmet. Nak tembak sila guna peluru hidup kerana jika tersasar tidak tepat ke sasaran pun masih sakit terkena sipi.

Bekas Pembangkang.
Zulhazmi Shariff
08062018
Batu Caves.

No comments:

Post a Comment