Saturday, June 2, 2018

Komited tangani masalah air Kedah

Komited tangani masalah air Kedah
ALOR SETAR - Kerajaan negeri komited dalam usaha mengatasi dan menangani masalah bekalan air di Kedah.

Exco Bekalan Air, Zamri Yusuf berkata, pihaknya telah mengadakan lawatan rasmi ke Sada bagi membincangkan isu itu.

Katanya, beberapa perkara dibincangkan dalam taklimat sistem dan operasi bekalan air Sada di Wisma Sada itu.

“Antaranya, beberapa langkah segera dibincangkan untuk meminimumkan kesan gangguan bekalan air semasa musim perayaan ini.


“Selain itu, perancangan SADA : Fast Track diteliti dan akan dilakukan segera demi menangani masalah berlaku,” katanya.

Katanya, pihaknya juga akan mengkaji terlebih dahulu keperluan lima projek menaik taraf loji dengan anggaran RM1 bilion berdasarkan prioriti perbelanjaan kewangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...