Tuesday, June 5, 2018

Seronokkah rakyat jadi HAMBA ABDI Najib & kuncu²nya termasuk Jho Low..?

Komentar Topeng Perak.

~ Hutang Negara, Tabung Har∆pan - Penjelasan

PRU-14 dah selesai hampir sebulan. Isu paling panas lepas selesai PRU-14 ialah hutang Negara yang sebahagian besarnya dijana dari Projek 1MDB.

Jumlah hutang jadi perdebatan. Ada yang cakap RM600b++ & ada yang cakap RM1t++.

Pedulik lah. Yang pasti jumlahnya besar & 4-5 hari ni kecoh pasal Tabung Har∆pan Malaysia (THM).

Baik... Aku nak share sikit bagi mata korang terbukak.

Kita sebenarnya bulan dibebani oleh hutang Negara. Review balik kenyataan MOF beberapa hari lepas.


1MDB sebenanrnya tak pernah bayar walau 1 sen pun hutang yang pernah dibuat. Sebaliknya yang membayar hutang 1MDB selama ini ialah Kerajaan Negara Malaysia melalui duit cukai yang dikutip dari Rakyat Negara Malaysia.

1 perkara penting yang kita nak kena faham dekat sini - Siapa sebenarnya yang berhutang dimerata dunia melalui 1MDB..?

Najib, Rosmah, Jho Low & semua mereka yang terlibat dalam Skandal 1MDB kan..? Kalau betul Lebai PAS pun terima sikit habuan dari Dana 1MDB maka Lebai² PAS pun antara yang terlibat membebankan Rakyat Negara Malaysia.

Kalau korang paham dekat situ maka korang kena faham bahawa kita Rakyat Negara Malaysia sekarang dah jadi HAMBA ABDI Bekas PM Malaysia ke-6 & kuncu²nya untuk bayar semua hutang² tu.

Puak² Haram Jadah dekat atas tu dah bersedap² hutang sana hutang sini sampai berbillion² lepas tu masing² bermewah² last skali kau aku & kita semua tak kira la kau BN ke kau PH ke kau PAS ke semua dah jadi HAMBA ABDI kena kerja siang malam berpuluh tahun sebab nak bayar hutang Penyamun² tadi.

Korang sedar ke tak..?

Woi Malaysian yang dok pertikai bab hutang bab tabung yang dok buat video gelak² sakan tu kau rasa seronok sangat ke jadi HAMBA ABDI Najib & kuncu²nya termasuk Jho Low..?

2 comments:

  1. Tuan admin... sudah gitu...ada pulak yang tak percaya duir 1mdb tu dah kena rembat huhu....

    ReplyDelete
  2. Tuan admin... sudah gitu...ada pulak yang tak percaya duit 1mdb tu dah kena rembat huhu....

    ReplyDelete