Sunday, July 8, 2018

Di mana kedudukan Islam pasca Pru 14?

1. "Di mana Islam?" Soalan dengan nada negetif sering dilontarkan khususnya oleh orang-orang Pas. Lebih khusus lagi oleh para pemimpin Pas seumpama Mokhtar Dup, soalan seumpama ini dibina dengan tujuan untuk meletakkan tasawwur yang buruk dan salah seakan akan Islam sedang berada dalam 'zon' bahaya, bahkan citra Islam akan makin pudar dalam zaman PH ini.

Sebenarnya bagaimana ? Setelah berada di penghujung bulan yang kedua pemerintahan PH, kita boleh lihat wajah Islam dalam beberapa dimensinya


2. Islam sebagai agama yang dianuti oleh sebahagian rakyat Malaysia ; masih berjalan seperti biasa, azan, solat, zakat, ziarah, sembahyang mayat dan lain lain aktiviti hidup beragama masih berjalan di seluruh Malaysia mengikut sudut pandang mazhab para pengamalnya. [Atau sekiranya ada maklumat berkaitan amalan itu ditentang atau dibatalkan, bolehlah bukti dan laporkan kepada pihak yang berwajib. Kalau ada sebarang seruan 'bodoh' untuk merombak amalan asas Islam, maka itu perlu diteliti dan diambil tindakan - dengan melihat sejauh mana kesannya terhadap ummat Islam - oleh pihak yang berautoriti, nak kata kerajaan yang menghalang sudah tentu itu adalah FITNAH yang besar].

3. Pentadbiran Islam masih berjalan seperti biasa, [Majlis Agama, Jabatan Agama, Jabatan Mufti dan sebagainya masih berjalan. Unit Dakwah, Unit Masjid dan lain lain unit menjalan fungsi seperti biasa]. Pihak kerajaan 'mungkin' akan menyusun semula pentadbiran Islam dalam rangka untuk penambahbaikkan [Kalau itulah yang berlaku, maka di manakah terhakisnya Islam di Malaysia]. Usaha reform atau Tajdid adalah satu tuntutan fitrah dan tuntutan agama yang perlu dilakukan apabila sampai kepada tempoh yang tertentu.

4. Mungkin orang seperti Razman Zakaria dan para penyokongnya akan berkata "mana hukum Islam?", pelaksanaan hudud bila lagi dan dakwaan yang seumpamanya. [Mahkamah syariah yang mempunyai bidang kuasa dalam hal mal dan kekeluargaan Islam masih berjalan seperti biasa] [adapun yang berkaitan dengan hukum jenayah hudud, mereka boleh bertanya kepada exco Terengganu yang mengisytiharkan 'Terengganu tak laksanakan hudud', ertinya apa ? Bila kita sampai kepada realiti yang sedang dihadapi, maka pelbagai pertimbangan keutamaan perlu difikir. Logik berkerajaan tak sama dengan logik pembangkang].

Islam dalam bahaya ?

5. Kalau itulah realitinya, maka di mana bahayanya [dalam makna Islam terporok dan berada di persimpangan sehingga amalan asas pun nak diharamkan].

Catatan : saya berusaha untuk menulis 'mudah-mudah' supaya dapat dicapai oleh orang 'awam' Pas. Kalau terlalu ilmiah, selalunya mereka tak mampu untuk menyerap, kerana yang dibakar oleh pemimpin mereka adalah 'emosi', bukan akal yang sejahtera.

Ada lagi sambung ......

FB Ridzwan Abu Bakar

No comments:

Post a Comment