Monday, July 23, 2018

Harga Minyak RM1.50 : Antara FAKTA & AUTA pembangkang


Ini respons saya berdasarkan fakta tentang tuduhan PAS Kerajaan PH tak tunai janji turunkan harga minyak

Ini fakta yg sebenar berlaku:

"Sebelum BN kalah dlm PRU-14 dulu, harga minyak ialah RM2.20 seliter. Masa itu harga pasaran minyak mentah dunia $55 dolar setong.

Selepas PH menang pada 9 Mei 2018 dan hingga kini setelah lebih 2 bulan, harga minyak masih RM2.20 seliter, sedangkan harga minyak mentah sekarang $75 dolar setong"

Untuk kekalkan harga minya pada RM2.20, kerajaan PH telah belanjakan RM1.4 bilion untuk mensubsidikan harga minyak.

Jadi mana ADIL, mana TAK ADIL?

(1) Zaman BN, pada harga minyak dunia $55 dolar setong, harga runcit RM2.20

(2) Zaman PH, pada harga minyak dunia $75 dolar setong, harga runcit RM2.20 juga.

Ingat tak masa tahun 2004 dulu, Pak Lah Badawi naikkan harga minyak sampai 70 sen menjadikan harganya RM2.70 seliter.

Tahu harga minyak dunia masa tu berapa? $90 dolar setong!!!

Jadi, kalu harga minyak dunia naik lagi hingga cecah $95 dolar setong (naik $20 dolar lagi), in sya Allah harga mungkin kekal RM2.20 seliter, tapi kerajaan PH terpaksa tambah subsisi sebanyak RM1.4 bilion lagi, menjadikan jumlah subsidi sebanyak RM2.8 bilion sejak ambil alih kuasa dari BN.

Zaman Pak Lah dulu, subsidi minyak hampir RM4 bilion ditarik balik, dan zaman Najib, harga ikut pasaran, nasib baik harga minyak dunia murah masa Najib sekitar $40 dolar setong.

Tak tahulah kalu BN menang lagi dalam PRU-14 la, jika minyak dunia naik $95 dolar setong, harga runcit pasti RM2.75 seliter.

Tapi Allah Maha Kaya, BN akhirnya kalah walaupun rakan taawunnya (PAS) enggan bersama PH jatuhkan BN.

Kesimpulan, mengatakan kerajaan PH tidak mahu turunkan harga petrol sangat TIDAK ADIL, saya percaya ia boleh dibuat bila harga minyak dunia turun ke paras $55 dolar setong masa Najib tetapkan harga RM2.20 dulu

Dr Mazlan Ali

No comments:

Post a Comment