Dr Mahathir berkata, mesyuarat Kabinet akan dilakukan pada hari Jumaat, manakala persidangan Dewan Rakyat berlangsung pada hari Isnin hingga Khamis.
“Kita melihat ke arah itu, kita mungkin akan laksanakan (mesyuarat Kabinet) pada hari Jumaat,” katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mempersoalkan tindakan menteri dan timbalan menteri yang meninggalkan Dewan Rakyat ketika persidangan masih berlangsung.
Dalam status di Twitter, beliau mempersoalkan mengapa pada jam 4.00 petang, kerusi menteri dan timbalan menteri sudah kosong, sedangkan persidangan Parlimen tamat pada 5.30 petang.
“Jam 4 petang, Rabu. Sidang hari ini tamat (pukul) 5.30 petang. Mana perginya menteri dan timbalan menteri kerajaan #PH (Pakatan Harapan)?
“Dahulu mereka pernah tanya, mengapa kami tidak penuhi masa dalam #DewanRakyat? Nampaknya mereka tidak sehebat mana pun. Harap ada perubahan lepas ini. Perlu ada giliran yang bertugas,” katanya.
No comments:
Post a Comment