Thursday, August 2, 2018

INILAH MASANYA PARA PEMIMPIN UMNO GUNAKAN KEKAYAAN MEREKA MEMBANTU NYAWA UTUSAN

Thursday, 2 August 2018


Pertamanya, harus diberikan sekalung tahniah kepada Kementerian Pendidikan atas tindakan segera menghentikan langganan akhbar Utusan Malaysia bagi semua bahagian, agensi, sekolah, universiti, kolej dan institusi di bawahnya.

Keputusan itu adalah wajar dan tepat, bukan saja kerana Utusan dimiliki oleh musuh politik kerajaan Pakatan Harapan yang sedang memerintah negara sekarang, tetapi juga kerana akhbar berkenaan lebih bercampur sudah baur dengan fitnah, hasutan, perkauman, adu domba, gossip hiburan tahap rendah dan gambar-gambar separa lucah di dalamnya.


Dengan yang demikian, meskipun ada berita semasa, antarabangsa dan pendidikan misalnya dalam akhbar berkenaan, sebenarnya adalah tidak berbaloi dan membazir, malah suatu pendedahan kepada dosa terbuka apabila sebuah kementerian atau kerajaan terus menyediakan bacaan percuma akhbar tersebu dengan menggunakan wang rakyat.

Dalam konteks berkaitan, semua kementerian atau agensi lain yang masih melanggan Utusan juga seharusnya melakukan tindakan yang sama seperti yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan.

Lagi pula, jika ada yang masih mahu membaca berita-berita tertentu dalam Utusan, mereka boleh saja melayarinya secara dalam talian tanpa perlu meletakkan suatu beban lain kepada kementerian atau kerajaan untuk menanggungnya.

Para pemimpin UMNO yang sekarang sudah jadi pembangkang tidak perlu terlalu beremosi dengen tindakan yang diambil oleh Kementerian Pendidikan itu. Mereka harus berlapang dada, bersikap rasional dan menerimanya sebagai salah satu takdir dalam kehidupan.

Apa yang penting, jika para pemimpin UMNO terlalu risau bahawa tindakan Kementerian Pendidikan itu akan menambah-burukkan lagi jualan akhbar Utusan yang sudah sedia teruk berikutan laporan-laporan beritanya selama ini yang berat sebelah, perkauman, adu domba dan fitnah itu ialah dengan mereka belajar untuk mentadbir atau mengurus takdir berkenaan.

Politik negara sudah berubah, maka UMNO juga mesti sedia untuk berubah sama. Tidak perlu sepanjang masa atau berterusan mahu bergantung kepada dana kerajaan untuk memberikan nyawa dalam kehidupan.

Utusan adalah milik UMNO dan bukankah UMNO ada keahlian seramai 3.5 juta yang selalu dibangga-banggakan?

Ketika inilah Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan lain-lain pemimpinnya yang kononnya masih sayangkan Utusan melakukan sesuatu untuk memastikan akhbat tersebut terus hidup dan tidak putus nyawa di pertengahan jalan.

Jangan asyik bercakap dan mengeluarkan kenyataan saja.

Selain boleh digerakkan usaha agar setiap ahli UMNO diwajibkan membeli Utusan atau setidak-tidaknya cawangan dan bahagian UMNO dimestikan membelinya dalam jumlah pukal tertentu, para pemimpin UMNO yang kaya-kaya, ada rumah besar, anak memandu Ferrari dan isteri mempunyai berpuluh-puluh beg tangan mahal juga boleh mengorbankan sebahagian kekayaan mereka untuk membantu kelangsungan syarikat akhbar itu.

Mereka boleh mengambil alih langganan itu dalam jumlah tertentu dan kemudian edarkanlah ke mana saja yang mereka kehendaki dan dirasakan perlu.

Lagi pula, daripada kekayaan luar biasa para pemimpin UMNO yang suatu ketika dahulu pernah menjadi menteri, mungkin sebahagiannya adalah perolehan daripada kutipan rasuah, komisyen projek, perkongsian perniagaan dengan tauke-tauke Cina, songlapan tanah dan pelbagai kaedah licik yang lain.

Lalu, apalah salahnya sedikit daripadanya dikongsi untuk membantu Utusan yang sekarang dalam kesusahan? (ShahbudinHusin 02/08/2018).

No comments:

Post a Comment