Friday, August 17, 2018

Sudah-sudahlah Pas.. Semak baliklah kompas perjuangan anda itu.. Masih belum terlambat.

100 HARI KERAJAAN PH PADA MATA PAS


1. Tak jadi apa-apa kudis pun kepada kerajaan PH jika ada beberapa janji dalam manifesto PH yang masih gagal ditunaikan dalam tempoh 100 hari.

2. PH telah berusaha untuk menunaikan semua janji itu sepenuhnya namun kelewatan dan kegagalan adalah perkara biasa dalam kehidupan.

3. Jika ditanya Pas, seronoklah mereka mainkan isu ini padahal kerajaan Kelantan dan Terengganu juga gagal untuk tunaikan janji mereka seperti yang tercatat dalam manifesto.

4. Proses membaikpulih kerosakan yang ditinggalkan oleh BN bukanlah mudah, ibarat membaikpulih sebuah bangunan besar yang serba-serbi bocor, pecah, penuh sampah, hancing dan senget.


5. Ini proses membaikpulih sebuah negara, bukan sebuah markas. Jika markas Pas sendiri yang diurustadbir oleh Pas begitu lama pun lintang-pukang, bagaimana dengan sebuah negara?

6. Jika Kelantan yang begitu lama ditadbir oleh Pas pun masih begitu banyak kelemahan dan janji yang belum tertunai, tentulah tempoh 100 hari kerajaan PH perlu dinilai dengan adil dan jujur.

7. Janji 100 hari PH dibuat berdasarkan maklumat tidak mendalam tentang situasi sebenar negara. Terlalu banyak sampah di bawah karpet dan sawang di atas siling yang berada di luar pengetahuan penggubal manifesto PH.

8. Ibarat seorang pendaki yang berhasrat memacak bendera negara di puncak Everest, di tengah-tengah perjalanan berlaku hal di luar dugaannya dan dia gagal, wajarkah dia dicela?

9. Tapi begitulah Pas. Mereka tidak pernah nampak kelemahan dan kegagalan mereka, kerana mereka berasa mereka sempurna dan suci. Mereka hanya nampak cacat-cela orang lain saja.

10. Mereka ibarat kakak tua yang bersuara galak menegur sesiapa saja yang lalu-lalang kerana diajar oleh tuannya begitu, padahal dia sendiri tak faham pun apa yang dia cakapkan.

11. PH mengaku ada janji yang belum termakbul, tapi janganlah Pas menjadikan hal itu sebagai senjata untuk menikam sebuah kerajaan yang sedang melakukan apa yang terbaik untuk negara ini.

12. Tidak keterlaluan jika saya katakan sebenarnya Pas dengki dengan pencapaian PH kerana kesilapan mereka sendiri dalam mencatur strategi politik mereka dalam PRU yang lalu.

13. Mereka masih menjangka BN akan terus kekal memerintah dan sudah mengidam-idamkan laba politik taawun siyasi mereka dgn BN.

14. Namun apa yang berlaku tidak seperti yang mereka impikan.

15. Lebih menjengkelkan mereka apabila Amanah yang mereka lihat sebagai anak kecil akhirnya turut berjaya mendapat posisi strategik dalam kerajaan baru ini.

16. Pas jadi seperti ikan haruan di atas darat. Serba tak kena. Nak kekal atas darat, akan mati kekeringan. Nak bergerak cari air, tak tahu arah tujuan.

16. Akhirnya, dalam PRK yang Umno bertanding, suruh ahli undi Umno. MCA bertanding, suruh ahli undi MCA.

17. Sudah-sudahlah Pas. Semak baliklah kompas perjuangan anda itu. Masih belum terlambat.

8 comments:

  1. Nasib baik pas tidak bersama pH, rupanya tembelang pas telah ditunjuk untuk bersama bn Hari demi Hari, tergamakkah ahli pas mengundi umno

    ReplyDelete
  2. PAS ohhhh PAS. Masih lagi tak faham yg jahil tu..adalah diri sendiri...org ja salah dia jaa yg betoi...makin lama makin bengong...

    ReplyDelete
  3. Tak salah PAS menjadi sebahagian dari UMNO atau sebaliknya kerana gabungan ini adalah cantuman yang pernah terurai dahulu dizaman Tun Hussien Onn dan ini adalah rujuk bukan pernikahan seperti ditulis di media kini. Usaha yang sangat mulia dan memberi keuntungan kepada Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, zaman tu Hj Khalid Samad, Sdra Mazlan Aliman,Hj Mahfuz Omar,Hj Mat Sabu duduk dalam PAS. Apa masalahnya?

      Delete
  4. Dulu PAS percaya mimpi Hadi Awang dapat perentah lima negeri dan ada YB PAS yg akan di lantik jadi Menteri oleh kerajaan perseketuan BN... last2 minit..YB AMANAH pulak yang ada jadi Menteri... nie buat PAS makin panas hati.. parti yang di Cop.. nyamuk dah jadi burung Geruda..!mana nak letak muka...?

    ReplyDelete
  5. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of $250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

    ReplyDelete
  6. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of $250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

    ReplyDelete