Wednesday, September 5, 2018

Bersediakah Kerajaan PH hadapi pengundi yg menentang AES menolak mereka pada PRU15 nanti?

AES


Ada org tanya aku apa pendirian aku tentang perlaksanaan AES bermula 1/9/2018. Sebenarnya aku & Sekretariat Protes AES (ProtAES) dah keluar kenyataan hari tu. Mungkin tak ada orang baca. Jadi mlm ni aku nak tulis pendirian peribadi aku sebagai salah seorang yg menentang perlaksanaan AES di bawah BN dulu.

1) Aku menentang AES kerana perlaksanaan AES dulu melibatkan syarikat swasta di mana syarikat akan mengumpul keuntungan lebih kurang RM3.8 bilion sepanjang tempoh konsesi berakhir Ogos 2018.

Mengapa penguatkuasaan undang-undang diberikan kpd syarikat swasta kerana mereka hanya akan memikirkan keuntungan di atas kecuaian pengguna? LTAT semasa mengambil alih Beta Tegap & ATES juga ats dasar untung!!


Ini isu utama.

Beta Tegap & Ates ketika itu dikatakan mengeluarkan modal sebanyak RM717 juta utk segala kelengkapan, kamera, sistem & operasi, tetapi sebenarnya tidak.

Contoh, jumlah keseluruhan kamera AES ialah 1,083 tetapi syarikat hanya beli kamera bila diminta utk dipasang oleh JPJ. Ini terbukti bila LTAT ambil alih Beta Tegap & ATES, jumlah kamera hanya ada 45 buah & akan dibeli jika JPJ minta pasang.

Bagaimana dikatakan dah keluar modal RM717 juta jika kamera blm dibeli sepenuhnya?

2) Lokasi pemasangan kamera tidak munasabah. Tujuan diperkenalkan & dilaksanakan AES adalah utk mengurangkan kemalangan maut, mengurangkan kemalangan & meningkatkan pematuhan undang-undang.

Lokasi pemasangan kamera sedia ada skrg BUKAN lokasi kemalangan maut. Sejak dulu diminta statistik kemalangan maut di lokasi kamera tetapi TIDAK PERNAH dikemukakan.

Contoh di Lebuh Sentosa Putrajaya, hadlajunya 70kmsj, kita minta data kemalangan maut sblm pemasangan kamera & selepas, tetapi tidak pernah diberi. Lokasi di Lebuh Sentosa itu keadaan jalan lurus, pemandangan jelas tapi hadlaju ditetapkan 70kmsj & diletak kamera. Memang akan byk kereta ditangkap melebihi hadlaju tetapi tidak pun ada kemalangan sedangkan tujuan AES nak kurangkan kemalangan. Kesimpulannya dipasang kamera semata2 nak tangkap pengguna & kutip denda. Untung!!!

3) Kadar denda minima RM300 dan maksima RM2,000. Sebelum AES diperkenal, kesalahan bg Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 tidak ditetapkan jumlah minima. Jumlah minima RM300 ditetapkan apabila Kementerian meminda Akta pada tahun 2012 kerana utk memudahkan pengiraan bayaran kutipan kepada syarikat pengendali.

Mengikut Model Kewangan Dengan Formula Tiga Langkah yg dipersetujui kerajaan dgn syarikat, langkah pertama bagi setiap bayaran saman RM300, syarikat mendapat RM16. Kemudian syarikat akan dapat lg baki bayaran secara berperingkat melalui langkah 2 & langkah 3. Melalui Model Kewangan ini syarikat mengunjurkan akan kutip lbh krg RM769.6 juta setahun.

Bagaimana syarikat nak dpt jumlah tersebut jika tidak ditetapkan denda minima RM300? Ats sbb itu kerajaan pinda Akta tetapkan kadar denda minima RM300. Mudah kira.

4) AWAS. Apabila Liow Tiong Lai menjadi Menteri Pengangkutan, dia jenamakan semula AES dengan gabungkan dengan Sistem Mata Dimerit menjadi AWAS. Ini tindakan mengabui mata malah lebih menekan & menghukum 2 kali, 2 peringkat. Pengguna disaman, diminta bayar kompaun/denda & dipotong mata dimerit. Berganda2 hukuman.

Bantahan & penentangan aku terhadap AES adalah disebabkan faktor2 di atas tetapi dlm masa yg sama aku tetap meminta & mahukan undang-undang & peraturan dipatuhi. Tiada siapa berhal utk tidak patuh undang-undang termasuk penguatkuasa spt JPJ.

Atas faktor itu juga aku desak & minta semua saman AES yg dikeluarkan sejak September 2012 dihapuskira/dimansuhkan. Alhamdulillah desakan itu didengar & Menteri serta Jemaah Menteri bersetuju hapuskira semua saman2 AES tu.

Sekarang bermula 1/9/2018, AWAS tetap AWAS! AES di lokasi yg masih sama. Samannya sama. Dendanya tetap sama. Mata dimeritnya sama. Yg berbeza cuma pengendali. Dulu swasta skrg JPJ. Yg lain tiada beza.

Aku cuma nak bagitau, hangpa tunggu la PRU15 nnt kot org nak undi org lain plk. Klu pengundi bg kita peluang utk ubah & buat apa yg kita ckp dulu tapi kita tak buat malah teruskan apa yg BN buat dgn bangganya. Tunggu saja la.

Pengundi sudah berani. Mereka berani jatuhkan BN! Tidak mustahil mereka akan jatuhkan kita juga.

Aku dah laksana tanggungjawab aku semampu blh utk betulkan tentang AES ni tp yg lain tu hak hangpa la nak buat. Sendiri buat, sendiri tanggung.

Kepada sesiapa yg lain nak lawan AES, sila. Lawan AES ni BUKAN hak eksklusif aku.

Zulhazmi Shariff
04/09/2018
Batu Caves.

No comments:

Post a Comment