Sunday, September 16, 2018

Lebih 75,000 rakyat P Pinang bakal terima bayaran program I-Sejahtera mulai 22 September

 Lebih 75,000 rakyat P Pinang bakal terima bayaran program I-Sejahtera mulai 22 September
Seramai 75,884 rakyat negeri Pulau Pinang akan mulai menerima bayaran melalui program I-Sejahtera kerajaan negeri mulai 22 September minggu hadapan.

Menurut Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh (gambar atas), bagi sumbangan kepada Skim Pelajar Emas, seramai 36,020 pelajar akan menerima manfaat tersebut tidak lama lagi.

Selain itu katanya, untuk program Penghargaan Warga Emas sejumlah 24,995 penerima akan mendapat sumbangan tersebut.

Sementara itu ujarnya, bagi program sumbangan Bantuan Ibu Tunggal pula seramai 14, 869 penerima akan menerima peruntukan yang telah disediakan.


“Bagi Skim Pelajar Emas setiap pelajar akan menerima sumbangan sebanyak RM100 setiap orang.

“Untuk program Penghargaan Warga Emas pula kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM130 bagi setiap penerima.

“Program sumbangan Bantuan Ibu Tunggal juga akan turut menerima sebanyak RM100 setiap orang,” jelasnya.

Tambahnya lagi, sumbangan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri adalah kesinambungan pelbagai program yang telah disediakan sejak menerajui kepimpinan negeri ini pada 2008 yang lalu.

1 comment:

  1. Kan dh jd kerajaan pusat. Kenapa tak salurkan pasa peserta ekasih. Yang tu lebih terjamin kerana akan dipantau kerajaan (walau bertukar kerajaan sekalipun)

    bankami.blogspot.com

    ReplyDelete