Monday, September 24, 2018

Pemuda PAS puji PM tolak LGBT


Pemuda PAS mengalu-alukan komitmen Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menolak gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta perkahwinan sejenis.

“Keputusan tersebut adalah tepat kerana Malaysia tidak harus dikongkong dengan kehendak hak asasi manusia acuan Barat,” kata ketuanya Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Mahathir pada hujung minggu lepas berkata Malaysia tidak menerima LGBT dan perkahwinan sejenis kerana sistem nilai negara ini tidak sama seperti di negara-negara Barat yang lebih bebas.

Sebelum ini terdapat dakwaan kerajaan baru menyokong gaya hidup itu.


Dalam kenyataan hari ini, Khalil bagaimanapun berharap pendirian Mahathir itu adalah keputusan kerajaan yang harus didukung semua menteri dan pemimpin Pakatan Harapan.

Katanya, keputusan itu juga mesti diambil sebagai “point of reservation” dalam konvensyen antarabangsa mengenai hak asasi manusia.

1 comment:

  1. Apa la Lebai Leboi nie...? Satu Malaya umat Islam tolak LGBT nie, nak tumpang kalut apa kalau Mahathir pun buat kenyataan yg sama...? Saja nak tambah kuah bila nasik dah habis...!

    ReplyDelete