Penganalisis politik, Prof Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, tugas pertama Anwar di Dewan Rakyat adalah bagi memastikan ahli Parlimen khususnya PH menjalankan fungsi sebenar dan tidak cuai menjalankan amanah.
Menurutnya, Anwar harus memastikan setiap Ahli Parlimen PH akan memberikan sumbangan yang terbaik untuk mengetengahkan isu-isu berkaitan rakyat di parlimen.
“Malah, integriti MP PH juga akan dapat ditingkatkan… kebanyakkan MP PH masih baru dan memerlukan bimbangan.
“Selama ini mereka tidak ada ketua pengawas. Jadi ini tugas yang agak berat untuk Anwar menjadi ketua pegawas buat MP PH,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Awang berkata, Anwar juga akan dilihat lebih minat untuk memfokuskan kepada isu-isu rakyat dan tidak akan campur tangan terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
[ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan 90 MP baharu, terbanyak dalam sejarah Parlimen]
Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Keempat Belas yang bermula 16 Julai lalu menyaksikan penampilan julung kali 90 ahli parlimen baharu.
Sidang berkenaan juga menyaksikan kemunculan semula 11 ahli Parlimen yang dahulunya juga pernah berkhidmat sebagai ahli Parlimen manakala 121 lagi ahli Parlimen sidang Parlimen ke-13 sebelum ini yang berjaya dipilih semula pada PRU14 pada 9 Mei lepas.
No comments:
Post a Comment