Monday, November 19, 2018

AGAMAWAN PUN MAINKAN SENTIMEN PERKAUMAN?

Ramai agamawan negara ini bukan Melayu. Ada yang berbangsa Cina dan India. Mereka berdakwah mengajak orang kepada Islam, bukan kepada Cina atau India.

Agamawan Melayu pula berasa seolah-olah hanya orang Melayu saja yang membela Islam. Seolah-olah tanpa Melayu tiadalah Islam di negara ini.

Perlembagaan sudah menjamin hak Melayu dan Islam. Perlembagaan juga menjamin hak warga negara tanpa mengira kaum.



Orang Cina dan India juga pembayar cukai. Bahkan, tak mustahil orang Cina lebih banyak membayar cukai berbanding orang Melayu.

Justeru, mengapa sentimen kaum diapi-apikan? Mengapa agamawan Melayu memejam mata terhadap jasa agamawan Cina dan India?

Kalau agamawan Melayu tak suka PH sekalipun, janganlah gunakan sentimen Melayu untuk menangkan parti lain.

Buktikan kepada rakyat kelemahan pemimpin PH, rasuah pemimpin PH untuk kalahkan PH dalam pilihanraya. Jangan mainkan sentimen bangsa.

Agamawan apa kamu ini, pandai membaca hadith tentang kejelekan asabiyyah qaumiyyah, tapi kamu sendiri memainkan sentimen qaumiyyah malayuwiyyah?

Ustaz Zainol Abidin Al-Abyadhi

No comments:

Post a Comment