Friday, November 2, 2018

Apabila pembangkang bercerita pasal tahyul ICERD..

Saya rasa cerita pasal ICERD yg digemburkan dan diviralkan oleh puak2 bigot ni banyak tahyul dan khurafat.

Pertamanya, kerajaan belum buat apa-apa keputusan dalam hal ini.

Keduanya, ratifikasi perjanjian antarabangsa perlu diluluskan oleh parlimen. Setiap MP boleh bahas sekiranya ratifikasi ini betul-betul dibawa ke parlimen. Jangan jadi macam isu Oktoberfest, berkokok seluruh pelusuk, tapi dalam parlimen langsung tak berani tanya.


Ketiganya, para pimpinan PH tidak sebodoh yg kamu cuba gambarkan melalui tulisan propaganda kamu. Kami pun tahu apa yang baik untuk negara, rakyat, agama, dan bangsa.

PH adalah entiti politik yang membuat keputusan secara konsensus. Dalam PH, tiada kuasa politik hegemoni seperti dalam BN.

Propaganda puak-puak bigot ini sudah ketinggalan. Mereka seolah-olah menganggap operasi pemerintahan PH ni masih seperti di bawah BN dulu.

Woiii ... ini MALAYSIA BAHARU laa!

Jamzuri Ardani

No comments:

Post a Comment