Thursday, November 8, 2018

Macam nie punya peruntukan untuk ISLAM pembangkang boleh pertikai lagi?

Pakar kewangan Islam Dr Zaharuddin Abdul Rahman memuji peruntukan terhadap hal ehwal agama Islam yang meningkat dalam belanjawan 2019.

Beliau membangkitkan peningkatan peruntukan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kepada RM 1.2 bilion berbanding RM1.1 bilion pada belanjawan lepas.

Zaharuddin juga berkata mengetengahkan peningkatan peruntukan untuk Jabatan Kehakiman Syariah dari RM55.7 juta kepada RM68.4 juta dan Jabatan Pendakwaan Syariah dari RM3.4 juta kepada RM4.14 juta.



Pembangunan mahkamah syariah dulu RM19 juta kini naik kepada RM22 juta, katanya lagi dalam Dialog Belanjawan 2019 di Institut Darul Ehsan, Shah Alam semalam.

Sementara itu, profesor adjung Universiti Selangor (Unisel) itu berkata, agensi kerajaan Halal Industry Development Corporation (HDC) yang dulu tidak mendapat apa-apa peruntukan kini diberikan RM11.2 juta.


“Secara ilmiahnya, bagaimana kita nak mengatakan ia tidak mesra kepada Islam?”

Beliau justeru menolak dakwaan bahawa agama Islam telah ditolak-ansur dalam belanjawan kali ini.

“Sebenarnya masih dalam keadaan baik-baik, insya-Allah,” katanya lagi.

2 comments:

  1. Pasal Yg bentang tu dap. Cuba umno bn. TaK cukup pun diam. Takut fulus tak masuk... Lantak la utk agama ke, bangsa ke, Yg penting, boleh Tambah bini, boleh Tukar kereta baru. Rakyat Aku merempat Kat negeri org ke, cukup time mengundi, takbir....

    ReplyDelete
  2. Biasa la... Kalau setuju, tu bukan nya nama pembangkang tapi la nie baru depa tau bila dah hilang kuasa...

    ReplyDelete