Tuesday, December 11, 2018
Isu Tabung Haji; Serahkan Pada Audit Bebas
1. Kerajaan PH perlu menyerahkan kepada audit luar dan bebas untuk melakukan Audit terhadap akaun TH. Sudah banyak kali kerajaan PH bermain dengan angka bagi mengelirukan masyarakat. Penilaian aset TH sehingga dikira lebih rendah daripada nilai pendeposit boleh terdedah kepada permainan angka yang mengelirukan.
2. TH adalah aset besar bagi umat Islam. Jangan pula ia dijadikan alasan untuk menutup kelemahan kerajaan PH membayar dividen sepertimana sebelum ini kepada para pendeposit TH.
3. Jangan juga ia menjadi satu hasutan halus agar umat Islam mengeluarkan deposit mereka dari TH sehingga akhirnya menumbangkan satu gergasi besar aset umat Islam sebagaimana kegemparan yang pernah dibuat oleh seorang pimpinan PH gang selalu mencipta kontroversi dan persepsi walaupun sesama mereka sendiri.
4. Cadangan penjualan aset TH untuk menyelesaikan kononnya permasalahan kewangan TH bakal mendedahkan aset TH yang merupakan aset umat Islam kepada pemilikan pelbagai pihak luar. Ia perlu ditangguhkan sehingga audit luar mengesahkan dakwaan Menteri.
Tindakan ini seperti mahu menumbangkan TH, dan langkah Mujahat adalah dari telunjuk DAP yang tidak mahu melihat ada institusi kewangan Islam yang kukuh.
Dr Khairuddin Takiri
11hb Dis 2018
Yg nipu akaun org kuat BN. Yg dedah skndle PH....yg kna tmpias DAP.
ReplyDeleteOstad...DON'T SELL YOUR SOUL TO THE DEVIL....
Yg nipu akaun org kuat BN. Yg dedah skndle PH....yg kna tmpias DAP.
ReplyDeleteOstad...DON'T SELL YOUR SOUL TO THE DEVIL....
Awat mamat lebai tu bengong sangat ni... memang Ante buta dan tak tau tapi berlagak tau...
ReplyDeleteMai sini teman nk bagitau, Price Waterhouse tu juru audit bebas laa ngok!!!
Mngkin tok Lebai ni nmpk
ReplyDeleteprice = harga....
waterhouse = rumah air
Tu yg keliru.
Dulu mrk jga yg bagi cop OK utk 1MDB...FELDA...TH tpi smua hancur