Saturday, March 10, 2018
Adakah ROS hanyalah barua rejim pemerintah.?
Ahmad Muslim Badawi Badawi
Semalam ROS memberikan amaran, agar parti PPBM(Bersatu) segera menyelesaikan pertikaian dalam partinya.. atau Parti Bersatu terpakasa ditarik dan diharamkan Pendaftaran nya.. Ia lebih menakutkan mereka bila Manifesto Pakatan Harapan dilancarkan secara rasminya Semalam..
Dalam keadaan jelas UMNO menangguhkan pemilihan dan melanggar Perlembagaan Parti.. Isu parti Bersatu jugak ROS sibukkan, agaknya Kenapa ?
Inilah ketakutan depa Regim UMNO, adakah ROS hanyalah barua mereka..? mereka dapat jangkakan, Sebelum ini Mahathir berkeras tetap mahu menggunakan satu Logo, Prinsip Mahathir dalam konteks dan Strategi Politik ini tepat.. kita perlukan satu Logo..Satu bendera seluruh Malaysia..
Apabila kita cakap tak serupa bikin
CAKAP TAK SERUPA BIKIN
Seorang wanita separuh umur,dilihat berdiri dipintu pagar rumah saya bila saya mendengar loceng ditekan.Di tangannya ada sebungkus plastik.Dia segera berjalan ke pintu rumah bila pagar dibuka dan memberi salam.Mukanya berpeluh dibakar matahari,mungkin masa berkayuh basikal.Wajahnya nampak ceria,bertanya khabar hal saya.Katanya,"Cikgu,ni ada sikit ikan haruan kering yang saya buat sendiri,nak sedekah kat cikgu".Saya menyambutnya .Dia menyambung,"Hari ni saya seronok dapat bagi sedekah kerana saya dengar ustaz ceramah di masjid,siapa yang mengajak orang buat baik tetapi dia tak buat,nanti dalam neraka orang itu akan berpusing dengan isi perut terkeluaq.Saya pun pernah cakap ajak orang bersedekah tapi tak ada apa nak disedekah.Dua tiga hari lepas dapat ikan haruan dalam bendang.Inilah yang saya bawa kat cikgu."Wajahnya masih ceria tetapi telah berputik air mata dihujung kata-katanya.Ya Allah!Saya sendiri tersentuh dengan apa yang dilafazkannya kerana begitu berbimbang dia kepada apa yang dicakapkannya.
Wanita ini mendengar hadis ini.Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid Bin Harithah RA katanya, “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda, “Akan didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat kemudian dicampakkan ke dalam neraka. Lalu terkeluarlah isi perutnya dan berpusing lelaki itu dalam neraka seolah-olah keldai memusing kisaran“ Lalu ahli neraka berkumpul kepadanya dan bertanya, “Wahai fulan, mengapakah engkau ini? Tidakkah engkau dahulu menyuruh kepada kebajikan dan melarang daripada kemungkaran?” Jawabnya, “ Ya, aku menyeru kepada kebajikan tetapi aku tidak mengerjakannya dan melarang daripada kemungkaran tetapi aku mengerjakannya”. (Bukhari dan Muslim)
MB Mat Bashah terkesan kehilangan Sanusi
ALOR SETAR - Pemergian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid, 75, menyebabkan negara kehilangan seorang negarawan terbilang.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Allahyarham banyak berjasa kepada Kedah ketika memegang jawatan Menteri Besar Kedah, malah kepada negara semasa menjadi Menteri Pertanian.
“Ketika memegang jawatan berkenaan, beliau banyak menabur bakti kepada negeri dan negara dengan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab,” katanya.
Ahmad Bashah berkata sedemikian selepas Majlis Perasmian Pintu Baru Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) Long Chuan di Seberang Jalan Putra, hari ini.
Menurutnya, dia turut terkesan dengan kehilangan Allahyarham yang dikenali dengan rapat semasa beliau memegang beberapa jawatan penting dalam negara dan Kedah.
Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian negarawan itu dan mendoakan ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atasnya.
Bekas Askar memerlukan wang beli mesin oksigen
YAN - Seorang bekas askar memerlukan RM3,200 bagi membolehkannya membeli mesin oksigen.
Fadzil Abu Yazis, 54, berkata, dia perlu bergantung kepada mesin oksigen setiap hari bagi membolehkan dia bernafas dengan baik.
“Doktor kata injap paru-paru saya bocor jadi saya tak boleh bernafas seperti orang normal,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lubok Boi, Yan.
Katanya, dahulu setiap hari dia akan ke hospital bagi mendapatkan oksigen tanpa mengira waktu.
“Kadang saya agak sukar bernafas pada waktu tengah malam dan menyebabkan saya terpaksa cari kereta sewa untuk ke hospital.
“Untuk ke hospital saya perlu sewa kereta dengan kadar tambang RM10 pi dan balik,” katanya.
Namun begitu, simpati dengan nasib Fadzil, pihak hospital memberikan mesin oksigen kepadanya untuk dibawa pulang ke rumah.