Monday, March 12, 2018

Ulama PAS label ahli AMANAH ibarat pendatang haram Bangladesh

Ahli Amanah ibarat dari 'Bangladesh'

Ahli Amanah ibarat dari 'Bangladesh'
KUALA LUMPUR - Ahli Amanah bukan pendokong sebenar Pas sebaliknya datang daripada pelbagai kumpulan.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata, beliau melabel ahli Amanah ibarat pendatang haram Bangladesh yang dihantar pulang ke negara asal.

Menurutnya, mereka dijemput masuk ke dalam Pas atas dasar membuka wadah perjuangan yang lebih luas.

“Mereka bertapak dalam Pas sehingga menjadi majoriti dalam jawatankuasa tapi sayang mereka mengkhianati perjuangan Pas.

“Mereka ibarat pulang ke ganggang dan mengambil keputusan membina parti baharu menggunakan lambang ‘Adidas’.

“Pas tidak berpecah hanya kumpulan kecil yang tersasar, di kebanyakan ahli Amanah adalah bukan pendokong Pas,” katanya.

Dr Maszlee Malik SAH sertai Bersatu

 Maszlee diumum sertai Bersatu
PETALING JAYA - “Kalau dicalonkan oleh parti, saya hanya menurut perintah,” kata ahli akademik, Dr Maszlee Malik ketika ditanya sama ada ditawarkan oleh Bersatu menjadi calon PRU14 akan datang, pada sidang media sebentar tadi.

Pada sidang media tersebut, pengumuman rasmi mengenai penglibatan Mazlee dalam Bersatu telah dilakukan oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut dihadiri oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Maszlee berkata, keputusan untuk melibatkan diri dalam bidang politik diambil berikutan keadaan negara yang kian meruncing dalam pelbagai aspek.

“Bukan hanya ekonomi, politik dan pendidikan, malah kualiti hidup yang berlaku pada hari ini telah mengheret saya untuk keluar dari zon selesa sebagai seorang ahli akademik.

“Setakat ini saya ingin membantu mengukuhkan parti dan dalam hal lain, saya serahkan kepada parti untuk menentukannya,” katanya.

Dibatalkan pendaftaran oleh ROS adalah lebih baik bagi Bersatu

 http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2017/11/ppbm-ros1.jpg

Hakikat bahawa Bersatu mungkin akan dibatalkan pendaftarannya menjelang hari-hari terakhir PRU 14 tidaklah memeranjatkan sebenarnya.

Berikutan notis 30 hari yang diberikan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS kepada Bersatu dan kegagalan memberi jawapan serta menyerahkan dokumen yang dikehendaki iaitu minit mesyuarat cawangan dan bahagian, akan memungkinkan parti itu dibatalkan pendaftarannya, tiada apa-apa yang pelik dalam tindakan terbaru ini.

Melihat kepada pelbagai karenah dan layanan yang ditunjukkan oleh RoS terhadap Bersatu sejak ia dipimpin oleh Ketua Pengarah yang bernama Surayati Ibrahim, langkah pembubaran itu, malah boleh dianggap sudah memang dijangkakan.

Agak kelakar sebenarnya apabila RoS meminta Bersatu menyerahkan minit mesyuarat cawangan dan bahagian sedangkan kelulusan belum diberikan sepenuhnya, manakala yang sudah diluluskan pula belum lagi mencapai usia setahun tempohnya.

Ia seolah-olah suatu alasan yang sengaja didatangkan untuk membatalkan parti itu, setelah sekian lama berdiam diri dan tidak memberi apa-apa jawapan kepada pelbagai permintaan yang dikemukakan.

Jurutera jual nasi persepsi Mahathir betul

SUBKY LATIF


BETAPA jurutera yang amat diperlukan oleh orang Melayu tetapi memilih menjual nasi lemak sebagai kehidupannya menyebabkan Dr Mahathir menempelak kerajaan di bawah Najib.

Itulah nilai kerajaan yang ada hingga jurutera, unuk maka sesuap pagi dan sesuap petang, terpaksa berniaga nasi lemak.

Berniaga nasi lemak tidak hina. Ia adalah lebih mulia dari berniaga dadah dan perdagangan orang. Nabi pun zaman remajanya jadi jurujual kepada pedagang wanita terbilang di Makkah. Tetapi itu adalah permulaannya dalam bidang pekerjaan.

Jurutera yang jual nasi lemak adalah gara-gara ramainya orang berkelulusan tinggi tetapi tiada pekerjaan. Universiti Perguruan Sultan Idris mengeluarkan ribuan graduan guru tetapi tidak cukup sekolah untuk menampung mereka. Sekarang bukan saja lulusan tinggi payah dapat kerja, ribuan yang sudah bekerja dibuang kerja.

[video] Kekecohan Berlaku Bilamana Kerajaan Pas Kelantan Mahu Roboh Pasar Besar Pasir Puteh



Pegawai-pegawai pihak berkuasa tempatan yang datang bersama jentolak untuk merobohkan pasar besar Pasir Puteh terpaksa pulang begitu sahaja apabila dihalang peniaga.

Peniaga naik angin dengan tindakan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) itu dan tidak membenarkan perobohan dibuat selagi tiada arahan mahkamah.

Rakaman insiden itu dimuat dalam Facebook Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan pagi tadi.

Apabila NAJIB kata Masalah air Selangor lebih teruk daripada 1MDB

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan masalah bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur sebagai lebih teruk daripada isu 1MDB.

Najib (BN-Pekan) menjawab soalan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) tentang sama ada peningkatan jumlah pembayaran faedah hutang negara mempunyai kaitan dengan isu 1MDB, atau ada sebab lain.

Ia merupakan soalan pertama dalam sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Namun sebelum Azmin sempat menghabiskan soalannya, beberapa anggota parlimen BN mengganggunya dan ada antara mereka seperti Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) membangkitkan masalah air di Selangor.

Apabila Dewan Rakyat kembali tenang, Najib menjawab, "Saya ingin menegaskan bahawa kemelut air di Selangor lebih kritikal."

Jawapan itu menyebabkan Dewan Rakyat kembali kecoh dengan beberapa anggota parlimen BN mengecam Azmin (gambar) sementara beliau bertegas agar Najib menjawab soalan itu secara lebih jelas.

Kenapa PAS tidak kata penutupan 1MDB selepas hutang tidak realistik

KENYATAAN MEDIA PEMUDA PARTI AMANAH NEGARA


KENAPA PAS TIDAK KATA PENUTUPAN 1MDB SELEPAS HABIS BAYAR HUTANG TIDAK REALISTIK

1. Kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan bahawa tawaran Pakatan Harapan untuk memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak realistik menunjukkan halatuju PAS sekarang yang menyokong dasar regresif dan zalim pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional. Setelah perlaksanaan GST lebih 2 tahun ini, harga barang melonjak naik yang begitu membebankan rakyat. PAS sebaliknya gagal memberikan tawaran yang realistik bagi mengatasi bebanan rakyat akibat GST.

2. Ironinya, dalam pada masa yang sama PAS tidak pula mendakwa hasrat kerajaan untuk menutup 1MDB selepas pinjaman selesai dibayar tidak realistik, walaupun menyedari bahawa hutang 1MDB ditanggung oleh kerajaan Malaysia. Terbaru, kerajaan dikatakan terpaksa berhutang RM2 bilion untuk membeli semula projek Exchange 106 di TRX daripada Mulia Group. Bukankah penutupan 1MDB selepas langkah-langkah rasionalisasi 1MDB melibatkan wang rakyat?

Maszlee: Pengorbanan saya tiada apa-apa


WAWANCARA | Pensyarah sains politik Maszlee Malik tahu pada saat beliau menyertai parti pembangkang, beliau sedang mempertaruhkan banyak keistimewaan lama dan juga mata pencariannya untuk dikorbankan.

Buat beliau, pengorbanannya itu tiada apa-apa berbanding ramai orang yang kehilangan banyak perkara dalam perjuangan politik mereka.

"Jika saya berkorban, ia tiada apa-apa berbanding apa yang telah mereka korbankan. Saya fikir sekarang masanya untuk saya membuat pengorbanan kecil yang dapat saya buat.

"Jika kita mengharapkan kegemilangan negara kita, kita perlu mengorbankan diri kita sedikit (untuk matlamat yang lebih besar)," kata Maszlee kepada Malaysiakini dalam suatu wawancara eksklusif.

"Ketika saya bercakap dengan ahli keluarga saya, terutamanya isteri saya, mereka berkata kita hanya berfikir untuk diri kita sendiri.

"Kenapa tidak kita merenung sejenak untuk berfikir tentang negara ini, nasib rakyat yang tinggal di desa, rakyat yang menderita meskipun tinggal di kawasan kota, di bandar besar tetapi hidup dalam kemiskinan," kata beliau.

Kerajaan BN gesa media asing henti siar berita palsu 1MDB

1mdb-reuters1
SIK: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap pihak yang terus menyiarkan berita palsu, terutamanya berkaitan 1MDB sehingga menimbulkan fitnah.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Jailani Johari berkata, kementeriannya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang memantau perkara itu.

“Dalam usaha kerajaan menangani gejala fitnah dan berita palsu dalam negara, kita dapati beberapa isu turut disemarakkan sumber dari luar negara.

“Terbaru, dalam usaha mencemar dan menjatuhkan kredibiliti perdana menteri, kementerian mengenal pasti beberapa portal berita dalam talian yang menyemarakkan kembali isu 1MDB, susulan rampasan sebuah kapal layar mewah oleh pihak berkuasa negara tetangga.”

Beliau berkata demikian selepas melancarkan “Program Negaraku: Menghubung Menyatu” (CTU) peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda, dekat sini.

Naik taraf LTSAH bukan keperluan terdesak rakyat Kedah

Naik taraf LTSAH bukan keperluan terdesak rakyat Kedah
Kerajaan Persekutuan disarankan agar tidak memberikan tumpunan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ( LTSAH) menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa kerana ia bukan keperluan mendesak bagi rakyat negeri Kedah.

Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak seharusnya melaksanakan program menambah pendapatan pesawah, penoreh getah dan remaja lepasan sekolah menengah yang masih menganggur di Kedah.

“Golongan tersebut merupakan rakyat Kedah yang amat terdesak dengan kedudukan ekonomi mereka akibat daripada Najibnomics.

“Tekanan GST dan penarikan balik subsidi menjadi punca golongan tersebut merana dalam kehidupan seharian mereka masa kini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika merasmikan Penutup Ekspo Muafakat Kedah di perkarangan Stadium Darulaman pada 3 Mac lalu.

Najib yang juga Menteri Kewangan itu berkata kerajaan akan menaiktaraf sebagai tarikan utama kemasukan pelabur ke Bukit Kayu Hitam, yang bersempadan dengan Thailand.