Saturday, May 5, 2018

Umno pecat Daim, Rafidah dan Rais, kata Ku Nan

Tengku Adnan bergambar dengan anggota polis selepas
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan parti itu memecat 3 pemimpin veterannya, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim berkuatkuasa semalam.

Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, surat itu dihantar kepada 3 bekas menteri Kabinet itu mengikut perlembagaan parti.

“Semalam, surat-surat telah disediakan, saya telah tandatangani dan hantar pada mereka. Dan mereka sendiri tahu dan mereka barangkali hendak kita gugurkan mereka sebagai ahli.

“Kena ingat, tanpa Umno dan BN, mereka dan negara tidak akan jadi macam apa hari ini…jangan jadi seperti kacang lupakan kulit,” katanya selepas memantau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Putrajaya, hari ini.

Ku Nan sedih melihat tindakan 3 pemimpin itu menyokong pembangkang dan menghentam kerajaan BN.

AMANAH akan ambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dakwa ada rakaman tersebut


Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Tuan Haji Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mendakwanya mempunyai rakaman skandalnya dengan seorang wanita.

AMANAH pula akan mengambil tindakan sama terhadap tiga individu yang terlibat dalam sidang media itu semalam kerana menyamar sebagai anggota mereka, menurut timbalan setiausaha agung parti itu Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

Ahmad Kerdee berkata semakan dalam pangkalan data keanggotaan mereka mendapati nama individu yang mengetuai sidang media semalam, Rizal Bakar, tiada dalam pangkalan data keanggotaan mereka.

“Kami juga telah menyemak dengan AMANAH Kuala Kedah dan tiada seorang pun mengenali individu tersebut,” katanya.