Sunday, May 27, 2018

'Bail out' 1MDB terbesar dalam sejarah, kata Guan Eng



Bekas perdana menteri patut bertanggungjawab ke atas skandal rasuah 1MDB yang juga melibatkan 'bail out' (suntikan dana kerajaan) yang paling besar dalam sejarah negara bagi menyelamatkan syarikat pelaburan itu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

"Datuk Seri Najib Razak mesti bertanggungjawab ke atas skandal korupsi 1MDB.

"Kementerian Kewangan (MoF) telah membayar pelbagai tuntutan kewangan yang dikenakan ke atas 1MDB sejak April 2017. Pembayaran tersebut kini berjumlah RM6.98 bilion. Sebanyak RM954 juta lagi perlu dibayar sebelum akhir tahun ini.

"Walau bagaimanapun, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menulis bahawa ia “adalah salah untuk memanggil pembayaran-pembayaran tersebut sebagai satu bailout” pada hari Jumaat lepas dalam laman Facebooknya," kata Lim dalam suatu kenyataan hari ini.

Alat BN di kampus kini kepanasan


Prof Saliman Sauli (duduk berbaju merah) dan Adzwan Kamaruzaman (berdiri dihadapan Bendera BN) melawat pesakit dalam siri kempen BN.

Pilihan raya ke 14 sebagaimana yang diperkatan oleh para penganalisis adaleh merupakan ibu segala pilihanraya.

Parti pemerintah ketika itu, Barisan Nasional menggunakan segala kaedah dan strategi untuk terus beada di tampuk kekuasaan. Namun mereka kecundang oleh kuasa rakyat yang bijak memlilih.

Pasca pilihanraya ini ramai yang kepanasan kerana telah bertindak melampaui bidang tugas mereka.

Ramai pegawai kerajaan ketika itu samada yang berstatus tetap atau kontrak telah dipergunakan secara langsung mahupun tidak langsung sebagai sebaghagian jentera pilihanraya.

Paling teruk adalah bagaimana mantan Menteri Pengajian Tinggi Dato Seri Idris Jusoh dan Menteri Mentor Universiti Malaysia Kelantan Dato Seri Mustapha Mohamad menggunakan Pegawai Kanan Universiti untuk memastikan kemenangan mereka.

Kenapa kerajaan KORUP perlu diubah?

KENAPA KERAJAAN KORAP PERLU DI UBAH...?

APA yang rakyat perlu fahami. Menjatuhkan kerajaan yang rasuah dan korap itu menjadi kewajipan. Kalau tiada rakyat keseluruhanlah yang akan menderita. Pertukaran kerjaaan lama kepada kerajaan baru dengan satu harapan satu tujuan adalah menjadi kewajipan kerjaaan baru memperbaiki semua urustadbir negara yang herot petot akibat dari kerajaan lama yang korap.

Ana mengundi PH untuk menumbangkan kerajaan BN.Harapan Ana terhadap kerjaaan baru PH tiada akan mengulangi dan memperlakukan perkara-perkara yang pernah dilakukan oleh pemerintah terdahulu baik secara terangan mahupun tersembunyi. Tiada niat Ana hendak menuntut itu dan ini.

Yang penting Ana mengharapkan kerjaaan teraju PH perbaiki keherotpetotran pemerintahan negara sebelum ini. Mengeluarkan status quo urustadbir negara yang terjemus ke dalam erana rasuah dan kebabakrokan yang menyeluruh. Menurunkan jumlah hutang negara yang terpaksa ditanggungi rakyat keseluruhan.

Mukhriz aetuju sandang jawatan Presiden KFA

MUKHRIZ SETUJU SANDANG JAWATAN PRESIDEN KFA

ALOR SETAR, 27 Mei: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan persetujuan untuk menyandang jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sekali lagi bagi memenuhi sokongan majoriti penyokong Lang Merah.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira permintaan, reaksi dan maklum balas penyokong Lang Merah yang dibuat menerusi kaji selidik dalam laman sosial sebelum ini, yang mahukannya kembali memegang jawatan tersebut.

“Permintaan penyokong untuk saya kembali terajui jawatan itu tinggi walaupun ada yang rasa tidak sesuai, tapi masa ini kecenderungan saya adalah untuk terima tawaran sebagai Presiden KFA dan beri yang terbaik bagi membolehkan pasukan kita kembali menjulang piala kemenangan.

“Selepas menjadi Menteri Besar, memang saya diberi tanggungjawab seperti Presiden jadi saya ingat sudah alang-alang buat kerja, baik saya terus pegang jawatan tersebut. Tambahan pengurusan KFA juga berharap sangat saya kembali sebagai presiden,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.