Saturday, June 9, 2018

Gila kuasa punca Umno kurang pemimpin muda


Nurulfatiha Muah

http://hariannews.com/cms/wp-content/uploads/2018/03/ebad85edb5c31164583687c2e761dbe5.jpeg
AMPANG - Sikap 'gila kuasa' dikatakan antara punca Umno ketandusan pemimpin muda dalam parti itu.

Bekas Ketua Penerangan Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail mendakwa, masalah itu berlaku di peringkat akar umbi lagi, iaitu melibatkan cawangan dan bahagian parti.

"Umno mempunyai satu masalah iaitu tidak beri peluang kepada orang muda, di mana kebanyakan sikap dan mentaliti ketua-ketua cawangan (Umno) dan pemimpin-pemimpin cawangan, apabila mereka mempunyai ahli-ahli pemuda yang berpelajaran tinggi atau ada pekerjaan yang baik seperti peguam dan doktor hendak masuk ke cawangan mereka, mereka beri halangan kerana golongan seperti ini dianggap akan memberi ancaman kepada kedudukan mereka sebagai ketua cawangan atau pemimpin dalam cawangan.

"Inilah masalah Umno, yang dalam bahasa kasarnya 'gila kuasa'. Ada ketua cawangan sudah berusia lebih 65 tahun, 70 tahun pun ada. Jadi apabila ada orang muda umur 28 atau 30 tahun dari latar belakang pendidikan dan pekerjaan yang baik, mereka akan halang golongan ini untuk mendapatkan kedudukan dalam cawangan lagi, " katanya kepada Sinar Harian, di sini, hari ini.

Menjelang Hari Raya, Tuan Ibrahim digesa selesai pampasan 15 kakitangan Harakah yang dipecat

Menjelang Hari Raya,  Tuan Ibrahim digesa selesai pampasan 15 kakitangan Harakah yang dipecat
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man digesa untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan baharu bagi berunding soal pampasan penamatan perkhidmatan 15 kakitangan Harakah yang dipecat.

Dalam satu kenyataan yang diterima Malaysia Dateline hari ini, dimaklumkan Jawatankuasa Perundingan sedia ada, telah gagal untuk mengadakan proses rundingan sejak ia bermula pada 22 Februari lalu.

“Kami juga mendesak supaya ahli-ahli JK Perundingan yang bakal ditubuhkan tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Galeri Media Serbanika(GMS) ataupun mempunyai kaitan dengan cadangan penstrukturan semula Harakah.

“Adalah jelas dua faktor tersebut akan menjadi percanggahan kepentingan (conflict of interest) yang menghalang kejayaan rundingan untuk dicapai dalam masa yang singkat.

“Sebagai satu pilihan lain pula Timbalan Presiden juga boleh mengarahkan JK Perundingan sedia ada untuk mengeluarkan cadangan balas terhadap cadangan kami yang telah kami ajukan dalam siri rundingan sebelum ini dan dimaklumkan kepada kami sebelum 29 Mei 2018.

Kerajaan PH Negeri Kedah yakin selesai masalah air di 21 lokasi 'hotspot'

Selesai masalah air di 21 lokasi

Selesai masalah air di 21 lokasi
Zamri mendengar penerangan daripada Pengurus Kanan Wilayah Tengah Sada, Hizaruddin Razak.

GURUN - Kerajaan negeri yakin dapat menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang berlaku di 21 kawasan 'hotspot' seluruh negeri menerusi pelaksanaan 10 pelan tindakan segera, dalam tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (Harapan).

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Kerja Raya, Bekalan dan Sumber Air serta Tenaga, Ir. Zamri Yusuf berkata 10 lokasi sahaja diperlukan tindakan bagi memastikan 21 hotspot berkenaan berjaya diselesaikan masalah ini.

Katanya, sejak selasa lalu, lima lokasi sudah berjaya diselesaikan masalah air dengan pembinaan mini booster pam dan lima lagi lokasi akan siap sepenuhnya selepas raya.

"Sebanyak RM1.2 juta telah diperuntukkan oleh Syarikat Air Darul Aman (Sada) dalam usaha menyelesaikan masalah bekalan air di 10 lokasi berkenaan," katanya ketika ditemui di rumah pam Taman Lembah Jerai, pagi tadi.

Rumah puaka jerai - Apa cerita nie YB.. dah janji nak buat tu biaq bagi siap la..!!

Tak sempat raya rumah baharu

Zulkifli menunjukkan rumahnya yang belum disiapkan seperti yang dijanjikan

YAN - Harapan Ikon Penyokong Bola Sepak Kedah, Zulkifli Hashim, 39, atau lebih dikenali Puaka Jerai untuk beraya di rumah baharu tidak kesampaian apabila pembinaan rumah yang dijanjikan siap sebelum hari raya dihentikan secara tiba-tiba.

Zulkifli berkata, dia dan ahli keluarganya dijanjikan pembinaan struktur rumah baharu selepas rumah asalnya, di Kampung Pekan Sungai Yan, musnah akibat ribut pada 30 April lalu.

Menurutnya, selepas kejadian ribut itu, rumahnya dikunjungi oleh Adun kawasan berkenaan yang kemudian berjanji mahu membantu membina semula rumahnya yang rosak dengan struktur rumah baharu dengan bantuan dana daripada agensi di bawah kerajaan persekutuan.

“Rumah asal saya memang dah reput sebab tu rumah pusaka dan ditambah lagi dengan kerosakan selepas dilanda ribut memang agak teruk dan tak selamat untuk saya dan keluarga duduk,” katanya.

Katanya, Adun kawasan berkenaan yang datang melawat rumahnya ketika itu, berjanji untuk membantu membina semula rumah dan akan siap sepenuhnya sebelum hari raya ini.

“Pada 6 Mei lalu, kerja-kerja merobohkan rumah asal sudah dibuat dengan bantuan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan beberapa hari kemudian kerja-kerja pembinaan telah dibuat dengan bantuan pelatih Akademi Bina Malaysia (ABM).

“Pembinaan rumah saya berjalan dengan lancar pada sebelum dan selepas PRU, baru-baru ini," katanya.

Namun menurutnya, kira-kira dua minggu lalu, kerja-kerja pembinaan dihentikan kerana tiada lagi bahan binaan yang dihantar ke tapak rumahnya.

Penoreh terbeban kini lega bilamana GST sifar

Penoreh terbeban kini lega
SIK - Penetapan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada kadar sifar melegakan hampir 2,000 penoreh getah dalam kariah Kampung Landai dan Kampung Melaka, di sini.

Imam Masjid Kampung Landai, Yusof Offman, 65, berkata, kampung yang mempunyai ramai penduduk miskin itu terbeban dengan GST selama ia dilaksanakan.

“Ramai penduduk di kampung ini miskin, Majoriti penduduk di sini menoreh getah. Bila GST jadi sifar, lega lah sedikit.

“Apabila harga getah murah, pendapatan tak cukup untuk nak sara keluarga. Kebanyakan ketua keluarga perlu tampung lima hingga lebih isi rumah,” katanya.

Menurutnya, pelaksanaan GST sebelum ini turut menyukarkan penduduk membina rumah baharu.

“Dulu bila nak buat rumah contoh kos RM100,000. GST saja nak kena bayar RM6,000, teruklah.