Tuesday, July 10, 2018

Mahathir: Kita tak akan tunduk kepada desakan usir Zakir

Kerajaan tidak perlu mudah tunduk kepada desakan berhubung isu pendakwah bebas Dr Zakir Naik kerana perlu mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk undang-undang, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas desakan sesetengah pihak supaya Zakir dihantar pulang ke negara asalnya India, Dr Mahathir berkata : "Kita tidak selalunya terpaksa ikut kehendak orang lain, kita kena tentukan sebab-sebab kita respon kepada mana-mana desakan sama ada dia (Zakir) mengikut undang-undang ataupun tidak. Kalau tidak, ada orang akan jadi mangsa."

Dalam sidang media selepas menyampaikan perutusan pada taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir ditanya mengenai cadangan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy supaya Zakir dihantar pulang ke India supaya hubungan Malaysia dengan negara itu tidak terjejas.

Antara PAS, HASAN AL BANNA & MUJAHID

PAS DAN HASAN AL BANNA


1. Orang Pas, ramai yang mengaku anak didik Ikhwan Muslimin. Mereka juga pengkagum Hasan al Banna.

2. Bahkan mereka berbangga menyandarkan diri sebagai penyokong Ikhwan atau pengikut pemikiran Hasan al Banna.

3. Antara cerita yang sering diulang-ulang dalam usrah Pas ialah Hasan al Banna memasuki kelab malam dan menyampaikan tazkirah kepada pengunjungnya.

4. Cerita itu disampaikan untuk menggambarkan kehebatan dan kegigihan Hasan al Banna dalam dakwah yang tidak hanya kepada orang baik di masjid tetapi juga kepada kaki maksiat di kelab malam.

5. Tapi itulah orang Pas. Mereka hanya pandai bercerita tapi tak pandai mengambil pengajaran.

6. Mereka tak pernah pun tuduh Hasan al Banna menyokong kaki minum arak dan reda dengan maksiat apabila bergaul dengan golongan itu.

7. Tetapi apabila Mujahid sebut soal dialog dengan LGBT terus dilabel sokong LGBT.

8. Dalam cerita Hasan al Banna mereka menganggapnya dakwah, tapi dalam cerita zaman kini, mereka anggap sokong dan suka.

9. Kalau Hasan al Banna masih hidup pada zaman ini pun, aku fikir Hasan al Banna akan menolak gaya pemikiran Pas.

10. Macam mana aku tahu cerita ini? Laaa.... Aku dulu orang kuat Pas dan selalu ikut usrah Pas. Dululah ... !

Zolkharnain Abidin

Kajian holistik sebelum iktiraf UEC, kata Maszlee

Bernama

Katanya meskipun terdapat cadangan mengiktiraf sijil itu sebagai antara syarat kemasukan ke IPTA namun beliau tidak mahu membuat keputusan terburu-buru.

Maszlee mengakui membuat keputusan berhubung UEC bukanlah mudah dan pihaknya tidak mahu selepas sesuatu keputusan dibuat akan berlaku ‘pusingan U’ atau ‘flip flop’.

MARANG: Kementerian Pendidikan tidak akan menggadaikan bahasa Melayu dan akan melakukan kajian holistik sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), kata menterinya Dr Maszlee Malik.

Katanya meskipun terdapat cadangan untuk mengiktiraf sijil itu sebagai antara syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) namun beliau tidak mahu membuat keputusan terburu-buru.

Menurutnya pandangan pelbagai pihak tetap jadi keutamaan malah memandang berat isu kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan impak keputusan yang akan menjejaskan perpaduan serta keharmonian.

“(Pengiktirafan) UEC adalah salah satu janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH). Cuma kita perlu ambil kira pandangan daripada beberapa pihak yang mereka tidak lihat sijil UEC sebagai sijil kemasukan semata-mata tetapi mengambil kira isu bahasa Melayu dan keharmonian.

Kerajaan Pakatan Harapan berasaskan maqasid syariah tidak iktiraf LGBT

https://1648o73kablq2rveyn64glm1-wpengine.netdna-ssl.com/wp-content/uploads/2017/08/rainbow_flag-no-gays-1024x500.jpg
Antara negara yang mengiktiraf lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ialah Belanda, Belgium, Sepanyol, Kanada, Afrika Selatan, Norway, Sweden, Portugal, Iceland, Argentina, Denmark dan Brazil.

Turut sama berbuat demikian New Zealand, Perancis, Uruguay, Scotland, Luxembourg, Finland, Slovenia, Ireland, Mexico, Amerika Syarikat dan Taiwan.

Sebelum itu, saya ada soalan. Adakah orang Pas yang menyokong mana-mana negara yang tersebut di atas dalam saingan Piala Dunia sekarang, kita boleh anggap menyokong dan mengiktiraf LGBT? Tanya saja!

Antara negara terakhir yang mengiktiraf LGBT ialah Australia iaitu pada Disember 2017. Menurut beberapa sumber, kini 25 negara di dunia mengiktiraf golongan ini. Hal ini berlangsung semenjak lebih 20 tahun yang lalu.

Mengiktiraf LGBT bermaksud mengiktiraf kewujudan orientasi seks tidak normal. Amerika Syarikat misalnya, menjadikan perkahwinan sejenis sah dari sudut undang-undang.

Pemuda UMNO puji Syed Saddiq, Jangan semua benda nak bangkang

'Kalau kawan buang puntung rokok pun saya kutip'
SHAH ALAM - Pemuda Umno mempertahankan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mencuri tumpuan selepas adegan mengutip sampah di stadium sebaik perlawanan piala FA tamat, malam tadi.

Exconya, Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata tindakan Syed Saddiq itu sesuatu yang baik dan wajar disokong serta dicontohi.

“Saya tak faham kenapa segelintir netizen bidas YB Syed Saddiq yang kutip sampah dalam stadium malam tadi. Kata berlakonlah, cari publisiti murahanlah.

“Sedangkan Syed Saddiq nak tunjuk contoh yang baik kepada masyarakat agar setiap daripada kita masyarakat jangan buang sampah merata-rata. Contoh baik kita kena sokong dan ikutlah. Jangan semua benda nak bangkang,” katanya melalui kemaskini status di Facebook, hari ini.

Malam tadi, Syed Saddiq membuat kejutan sebaik tamat perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dengan Pahang di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur apabila mengutip sampah yang ditinggalkan oleh penyokong di tempat duduk.

Tindakan itu dirakam dan mula tular di media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Tiada rehat walau mencecah usia 93, kata Mahathir

MALAYSIA DATELINE

Tiada rehat walau mencecah usia 93, kata Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mencecah usia 93 tahun hari ini, namun tetap punya stamina untuk menjalankan tugas sebagai perdana menteri, hingga mengagumkan ramai orang, baik rakyat Malaysia mahupun asing.

Memetik laporan Bernama, Dr Mahathir kembali bergerak cergas sebaik saja beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ketujuh pada Mei, memikul tanggungjawab berat mengemudi negara dengan penuh tenaga yang terdapat pada dirinya sepanjang usia lebih sembilan dekad.

Ramai ingin tahu apa yang membuat beliau bergerak begitu cergas hingga foto beliau sedang makan dengan disertai produk multivitamin tertentu di meja begitu menarik perhatian sampai terdapat laporan bahawa jenama tersebut kehabisan stok di farmasi.

Dr Mahathir sedia perkongsi tentang apa saja yang membuat beliau terus cergas, dengan menegaskan pentingnya mengamalkan gaya hidup aktif sekalipun selepas masuk usia persaraan.

“Memang, saya lebih suka berehat, tapi saya ingin menasihat orang ramai agar tidak berehat bila mereka lanjut usia,” kata beliau ketika ditanya semasa lawatannya baru-baru ini ke Tokyo tentang bagaimanpun beliau boleh terus sihat.

Dr Mahathir, yang punya keistimewaan menjadi perdana menteri paling tua di dunia, menjelaskan bahawa otot-otot akan merosot jika tidak digunakan.