ORANG LAIN BUAT HARAM, DIA BUAT HALAL
1. Umno dan MCA tidak lagi dilihat sebagai musuh oleh Pas seperti dulu.
2. Kedua-dua parti itu bukan lagi parti sekular, penentang hudud, jauh sekali sebagai parti syaitan.
3. Jika Umno dan MCA parti syaitan, tak mungkin Pas yang pernah Hadi sebut sebagai parti Allah sanggup menjadi rakan kerjasama kedua-dua parti itu.
4. Dulu dan kini, di sana-sini dicanang, dasar Pas ialah Islam.
5.Haram hukumnya bekerjasama dengan parti sekular dan penentang hudud.
Sunday, August 19, 2018
Malangnya nasib NAJIB & JAMAL JAMBAN..!
MALANG SEORANG BEKAS PRESIDEN.....
Najib Razak mencatat satu sejarah yang tidak pernah berlaku kepada mana-mana bekas Presiden UMNO sebelum ini.
Hanya selepas 100 hari UMNO hilang kuasa yang punca utamanya adalah skandal 1MDB yang terkait secara langsung dengannya, bekas Perdana Menteri itu dilaporkan akan diminta "berehat" daripada mencampuri sebarang urusan berkaitan parti itu.
Ini berikutan ramai pemimpin UMNO sudah bersuara menyatakan kehadirannya terus bersama parti itu akan menghalang kepimpinan baru melaksanakan perubahan, selain beliau juga dianggap beban yang merumitkan lagi usaha mengembalikan semula sokongan rakyat.