Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Husam Musa dan adik Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Lim Hui Ying, antara 12 Ahli Dewan Negara yang akan mengangkat sumpah pada Isnin depan, 27 Ogos 2018.
Pelantikan mereka, menjadikan jumlah Anggota Dewan Negara kini 67 Senator, dengan tiga lagi kerusi masih kosong.
Husam Musa dilantik Senator bersama seorang lagi wakil AMANAH, Raj Munni Sabu.