Tuesday, October 23, 2018

Pemerintahan selepas arwah TG NIK AZIZ, Kelantan hanya berhutang dengan kerajaan pusat 5 tahun berturut-turut..!

Komentar Ipoh Mali.

~ Kononnya Ahli parlimen PAS nak tunjuk hero.. bangun dan minta LGE dihadapkan ke jawatankuasa dewan kerana berbohong.. yang bestnya yang bangun bantah sama PAS adalah MP BN yang dulu depa cakap benda yg sama.. Najib pernah kata benda yg sama..

Lagi nak nampak real, MP PAS minta Lim Guan Eng minta ulang kenyataannya di luar dewan.. Last2 Lim Guan Ulang sekali lagi di luar dewan... Lim Guan Eng kata, Bukan satu tahun, rupanya dah 5 Tahun berturut turut Negeri Kelantan alami Defisit mengurus dan terpaksa Pinjam Kerajaan Pusat.. maksudnya selepas zaman Tok Guru Nik Aziz, kelantan berhutang untuk belanja mengurus..

Dengan berhutang RM1.3Bil.. Hebatkah pengurusan kewangan Kerajaan Negeri Kelantan?

KELANTAN DALAM KONTEKS KELEMAHAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN EKONOMI YANG TIADA NILAI TAMBAH

Apabila Parlimen dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan sememangnya tidak mempunyai kemampuan untuk membayar gaji kakitangannya, (dengan maksud tanpa bantuan daripada kerajaan Pusat), maka ia adalah merupakan satu hakikat yang tidak seharusnya dinafikan.

Kelantan dalam pembentangan belanjawan 2018, memperlihatkan wujudnya perbelanjaan defisit sebanyak RM 41.74 juta, sedangkan perbelanjaan mengurus melibatkan RM 738.44 juta berbanding dengan perolehan hasil RM 636.98 juta.

Tunggakan hutang kerajaan negeri Kelantan kepada kerajaan Pusat, berdasarkan laporan Audit 2013 berjumlah RM 247.16 juta, bagaimana pun, persidangan Parlimen 12 Mac 2016 telah dimaklumkan bahawa jumlah hutang Kerajaan Negeri Kelantan kepada kerajaan Pusat adalah berjumlah RM1.3 bilion.