Wednesday, October 31, 2018

PM - ‘Keputusan ratifikasi Icerd selepas berbincang dengan semua kaum’


Kerajaan hanya akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) selepas berbincang dengan semua kaum, kata perdana menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu pemberita hari ini bahawa beliau telah menyatakan sebelum ini bahawa meratifikasi konvensyen itu bukan tugas mudah kerana Malaysia adalah negara berbilang kaum.

"Kita akan tandatangan setelah kita runding dengan semua kaum di Malaysia. Disebut dalam ucapan saya perkara ini bukan mudah bagi Malaysia kerana di Malaysia terdapat pelbagai kaum.

Tempoh berbulan madu untuk menteri dan pimpinan PH dah berakhir!

TEMPOH BERBULAN MADU SUDAH BERAKHIR


Tamrin Tun Ghafar
Selasa - 30/10/18
( 1 - 22 )

1. A Kadir Jasin mencadangkan kesemua Menteri Pakatan Harapan ( PH ) perlu ‘disekolahkan'.

2. Cadangan itu berputik dari kekecewaan dan ketakutan beliau melihat apa yang sedang berlaku di kalangan beberapa orang Menteri.

3. Bukan sahaja beliau malah sudah ramai mereka yang menyokong PH termasuk diri saya sendiri mula mempersoalkan kewibawaan dan prestasi sesetengah mereka yang telah diberi peluang oleh Perdana Menteri itu.

4. Kerisauan beliau ini ada asasnya :

i. Menampakan seolah - olah mereka terlalu gelojoh untuk menerima Bintang Gelaran sedangkan khidmat mereka baru sahaja menjangkau 6 bulan sejak PRU14 yang berlangsung pada 9hb Mei lepas. Ia umpama murid yang baru ke sekolah, belum lagi duduk peperiksaan, tetapi sudah beratur mengambil ‘certificate’.