Saturday, February 9, 2019

Fenomena #maluapabossku bolehkah menggugat kerajaan PH

Oleh Arif Atan

Isyarat di sebalik populariti "Malu Apa Bossku"

Baju "Malu Apa Bossku" sudah banyak dijual di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru.

Ramai orang membeli. Pelbagai warga termasuk merah jambu licin! Saiz L habis! Dua helai dijual hanya RM10. Orang terus berkerumun dan terus meminta lagi dan lagi.

Ketika kerajaan Pakatan Harapan dilihat tidak memanfaatkan ruang bebas media dengan membanyakkan penerangan serta pada masa sama banyak janji berkaitan poket dan periuk nasi rakyat marhaen belum terlaksana, keterujaan orang ramai terhadap ungkapan yang dipelopori Najib Razak ini isyarat Pakatan Harapan (PH) tidak harus duduk selesa.

Wujudnya banyak kelompangan ekoran desakan DAP untuk menutup bukan merombak Biro Tata Negara (BTN) selain pengaliran jutaan ringgit dana kerajaan kepada sistem pendidikan beridentitikan kaum yang sejak lebih 60 tahun lalu mengkhianati perpaduan nasional dan integrasi sosial, populariti seperti "Malu Apa Bossku" bukan petanda sihat untuk kelangsungan hayat blok parti pemerintah.

No comments:

Post a Comment