Thursday, February 14, 2019

Nik Abduh.. Ibarat Orang Lemas Sanggup Berpaut Di Ranting Yang Rapuh..

Nik Abduh.. Ibarat Orang Lemas Sanggup Berpaut Di Ranting Yang Rapuh..

Ini baru contoh dunia. Belum gambaran di akhirat bagaimana seorang anak sanggup berbuat apa sahaja termasuklah menyalahkan ayahanda sendiri untuk menyelamatkan diri sendiri ketika di hisab.. Mengambarkan keadaan manusia yang porak peranda di akhirat. Di dunia sudah tergambar..

Keadaan mula menjadi getir apabila Setiausaha Agong Pas Dato Takiyuddin membuat pendedahan rasmi pada media bahawa audio Nik Abduh adalah benar. Negara gempar seketika apabila kenyataan Nik Abduh sebelum ini menafikannya.

Hari berikutnya, Nik Abduh kemudian tampil menyalahkan Presiden Pas kerana memberi restu untuk beliau berbohong berhubung audio di dalam satu sesi penerangan 'Pas ambil duit Umno".. Persoalannya.. benarkah Presiden Pas memberikan restu pembohongan Nik Abduh..?


Atau Nik Abduh sengaja memetik nama Presiden semata-mata untuk menyelamat diri dari di belasah lapisan masyarakat mahupun penyokong Pas sendiri.. Belum cukup dengan hujahan tersebut, beliau kemudian tampil lagi berhujah menggunakan nama Almarhum Tuan Guru Nik Aziz(TGNA) selaku ayahandanya untuk mengkukuhkan tindakan beliau sebagai halal..

Modul operandi yang sama di gunakan beliau ketika menghadapi pelbagai isu. Nama TGNA akan di petik sebagai berkata.. Nama TGNA akan di petik sebagai merestui tindakannya.. Nama TGNA akan di petik untuk menghalalkan segala perbuatannya.. Nama TGNA akan di petik untuk membebaskan beliau dari kesalahan.. Nama TGNA akan di petik untuk menaikkan imej dirinya.. Nama TGNA akan di petik untuk menyatakan beliau di pihak yang benar..

Manusia ada salah dan silapnya.. jika wujud sekalipun kesilapan di masa lalu oleh ayahanda kita, bolehkah ianya di gunakan sebagai hujah untuk menyelamatkan diri sendiri..? Jika ini suatu taktikal "Peperangan itu tipu daya.." bolehkah taktikal ini di umumkan kepada dunia luar sehingga mendatangkan fitnah kepada Islam..?

Nik Abduh tiada belas kasihan.. beliau akan menggunakan apa sahaja peluang yang terhidang untuk menyelamatkan diri hatta menggunakan nama orang yang telah meninggal dunia.. Cara perlakuan sebegini menunjukan beliau tiada sifat simpati..

Inilah yang di namakan anak tidak mengenang jasa ayahanda. Sanggup dan tergamak beliau mencemarkan ayahanda sendiri walaupun Almarhum TGNA telah kembali ke Rahmatullah.. Tiada penilaian belas kasihan buat si ayah yang membesarkan si anak. Apa yang penting dia selamat..

Jika inilah cara serta kaedahnya.. Ianya juga menunjukkan jika Nik Abduh terkepit, beliau akan sanggup mendedahkan apa sahaja termasuklah nama-nama orang perseorangan ketika di soal siasat. Tentunya nama-nama lain yang terlibat berada di dalam keadaan yang membimbangkan serta amat gelisah..

Agak-agaknyalah.. jika wujud bukti.. di ulangi.. jika wujud salah laku "Pas terima wang Umno.." Bukanlah mustahil, ketika beliau di tahan reman di dalam lokap.. segalanya akan terbarai dengan mudah. Segalanya akan terdedah... Semudah sebutan A, B dan C segala senarai nama akan terpacul dari mulut beliau untuk segera menyelamatkan diri sendiri.. Betulkan..?? Kita tunggu adegan selanjutnya..

#NieFeng

#AnaTahu
#SumpahJadiAbu

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1913000925489808&id=100003397578084

1 comment:

  1. Ni salah sekor barua dan broka Penunggang Agama Semalaysia

    ReplyDelete