Thursday, February 28, 2019

Selepas Peguam Negara buat laporan polis, Ustaz PAS buat permohonan maaf terbuka

Sejurus tersebarnya satu screenshot yang memfitnah peguam negara kononnya beliau bersikap anti Islam dan membela golongan yang menghina Nabi, pihak peguam negara telah membuat satu laporan polis.

Pemilik akaun FB Mohd Shahrizan pula terus memadamkam posting beliau dan memuat naik satu posting memohon maaf secara terbuka kepada Tommy Thomas.

Ketua Polis Negara dalam kenyataan semalam menegaskan polis kini telah membuka kertas siasatan dibawah seksyen 500 Kanun Keseksaan (bagi kesalahan fitnah) dan Seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998.


Berikut adalah permohonan maaf Ustaz mohd Shahrizan :

PERMOHONAN MAAF TERBUKA ATAS KENYATAAN BERTARIKH 27 FEBRUARI 2019 MELALUI LAMAN SOSIAL FACEBOOK.

Perkara di atas adalah dirujuk

2. Saya, adalah pemilik akaun “Mohd Shahrizan” dan melalui satu kenyataan yang dimuat naik oleh saya pada 27 Februari 2019 dengan ini memohon maaf secara terbuka dan menyesali kenyataan yang didakwa dibuat oleh Peguam Negara dan berbunyi sebagaimana berikut, “Penghina Nabi dan Islam bukan penjenayah, mereka berhak lontarkan pandangan”

3. Saya telah difahamkan bahawa kenyataan yang telah tular tersebut adalah tidak benar sama sekali dan kenyataan tersebut juga merupakan satu kenyataan berunsur fitnah kepada Peguam Negara yang boleh menjejaskan reputasi dan nama baik pihak Peguam Negara sendiri. Saya sedar bahawa saya sepatutnya mengambil langkah berhati-hati dalam memastikan segala maklumat adalah adalah tepat dan benar sebelum memuat naik kenyataan tersebut bagi mengelakkan sebarang fitnah atau sebarang isu berbangkit yang lain.

4. Saya mengakui bahawa saya tidak dapat mengawal kemarahan dan sangat beremosi semasa memuat naik kenyataan tersebut rentetan daripada hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna laman sosial Facebook yang menggunakan akaun dengan nama Foo Sing Wai yang dituduh di Mahkamah pada hari ini di atas kesalahan menghina Nabi Muhammad S.A.W dan Sayyidatina AIsyah R.A.

5. Saya berharap agar pihak Tuan berlapang dada untuk memaafkan kesalahan saya. Saya juga telah insaf dan berjanji untuk tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi. Saya juga telah memadam kenyataan tersebut setelah 6 minit ianya dimuat naik dengan segera setelah menyedari kesahihannya. Saya memohon supaya tiada sebarang tindakan lanjut akan dikenakan ke atas saya selepas permohonan maaf ini dikeluarkan.

Sekian Terima Kasih.

3 comments:

  1. Harap AG teruskn saman pd musuh ISLAM (bANJINGan pas) ni sb agama pas mmg sesat

    ReplyDelete
  2. Org pas memang perosak negara dan penipu

    ReplyDelete