Saturday, March 9, 2019

RM900JUTA dari Ahli Pas, cukuplah ulang skrip basi YB!

Maaf, cukuplah ulang skrip basi YB!

1. Malaysiakini lapor ada seorang pemimpin kata apa peliknya jika parti pimpinanannya ada wang RM 90 juta?

2. Alasan beliau partinya ada jumlah ahli seramai satu juta lebih dan jika seorang ahli sahaja derma RM 100, maka akan cecah RM100 juta.

3. Cukuplah cakap mengarut Ustaz YB. Ingat YB, tak semua orang dalam negara ini yang mudah diperbodohkan. Maaf, itu, bagi saya, skrip basi YB.

4. Jika YB dan parti YB begitu yakin boleh kumpul wang RM 90 juta dari derma para ahli, maka jika YB atau parti YB yakin bahawa tuduhan ke atas parti YB terima wang dari Umno RM 90 juta adalah fitnah janganlah tarik balik saman fitnah di Kota London itu.



5. Teruskanlah bicara. Katakanlah pada hakim di London " My Lord, we never received any single penny from Umno let alone RM 90 million . We are a huge political party. We have more than 1 million registered members who are wala' . Thus we can easily raise RM 90 million. Be that as it may, we categorically reiterate that the Sarawak Report ( SR ) has maliciously defamed us. "

Boleh juga nak tambah " Nevertheless, we are willing to withdraw our summons against the SR as we want to seek justice in the Hereafter", we are equally seeking no cost from the SR".

6. Jika YB sudah tarik balik saman tanpa minta kos dari Sarawak Report tentang isu 90 juta...bagi saya lebih aula YB zip mulut..aman damai dunia ni..agaknya lah.

YB Sepang.
08-03-2019.

5 comments:

  1. Amat setuju dgn pendapat penulis..jika benar PAS (parti spesis) punyai banyak wang apa perlu mengemis utk bayar SR luar mahkamah.
    Lepas tu bagai kacang lupakan kulit bergelut 'member yg membantu' keseorangank terkial-kial mennjawap soalan SPRM.
    Jika benar lawan aje tak perlu dolak dalih ahli-ahli boleh derma hingga 100 juta ...
    Dulupun banyak tin milo yg bantu duit kpd parti spesis ini tapi tak tahu berapa jumlah sebenar dan kemana, utk apa dan berapab banyak yg telah dibelanjakan kerana tidak pernah diumum.
    Jika sungguh parti spesis ini punyai banyak wang mengapa kakitangan Harakah terpaksa menjerut perut yg telah banyak berjasa kpd parti yg kononnya banyak duit...peggi la...

    ReplyDelete
  2. Hari Hari anjing menyalak babi di balik bukit telah berlalu,anjing telah tersepit, babi datang menyelamatkan anjing, anjing buat buat Tak kenal, kisah tidak berkaitan dengan Yang hidup

    ReplyDelete
  3. Al kisah sotong lama celup tepung ..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete