Monday, July 1, 2019
Isu Tarian : Kem Pendidikan PH menarik balik serta merta sokongan yang BN luluskan dahulu.
Viral pula isu pertandingan tarian kononnya salah kerajaan PH.
Apa cerita sebenarnya?
1. Pertandingan tarian ini adalah kali Ke-7 berlaku. Bermaksud acara ini telah wujud zaman kerajaan lama dulu lagi.
2. Pada Bulan Mac 2018 ( Sebelum PRU 14) kementerian pendidikan ( yang lama ) telah memberi sokongan pada acara ini untuk memberi ruang pelajar sekolah menyertainya.Namun penyertaan murid adalah tertakluk kepada SPI Bil 8/2009 dan Bil. 7/1988
3. Sokongan ini juga diberi dengan syarat garis panduan mengenai tatacara pemakaian perlu dipatuhi di kalangan murid sekolah yang menyertai pertandingan ini.
4. Logo KPM pula hanya dibenarkan untuk sijil penyertaan MURID SAHAJA.
5. Melihat etika dan tatacara tidak dipatuhi, KPM dibawah pentadbiran baru tidak akan berkompromi dan menarik balik sokongan kepada program ini pada masa hadapan.
Sdr Ulya Husamudin
Pegawai Khas YB Menteri Pendidikan
No comments:
Post a Comment