Thursday, July 11, 2019

Najib.. Najis atau Tahi??


Ia bermula bila seorang bekas menteri kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tumbang 9 Mei 2018 lalu sifatkan penyelewengan bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, sebagai “tahi”.

Saya kata “najis”, tapi dia kata bukan najis tapi tahi.

Dia pun buat congak dan dapat angka RM75 bilion “najis kewangan” yang Najib bebankan ke atas negara dan rakyat jelata.

Sikit sebanyak saya sudah sebut dalam tampalan Facebook saya semalam. Tapi saya tidak terkejut kalau ada lagi tahi yang kita akan jumpa di masa depan.

Sebahagian daripada tahi atau “taik” yang Najib tinggalkan itu ada unsur jenayah macam pecah amanah dan pengubahan duit haram SRC International yang sedang dibicarakan sekarang.


Itu pun, macam saya kata dalam Facebook saya, ada lagi orang Melayu Islam, tok haji, tok lebai, malah pensyarah universiti, yang percaya Najib ini baik dan sanjung dia sebagai “bossku”.

Maaf cakaplah kalau saya terpaksa kata, banyak orang Melayu Islam di Malaysia ini kalau pasal identiti (jati diri) bukan main bersemangat tapi nampak macam tak faham atau tak peduli berkenaan digniti (harga diri).

Atau orang Melayu Islam di Malaysia ini adalah hipokrit paling besar di dunia. Cakap pasal bangsa Melayu dan agama Islam bergegar-gegar, tapi duit rasuah, duit curi dan duit yang mereka tidak tahu haram halalnya mereka terima, bagi makan anak bini dan buat naik haji.

Saya pun malu bila suku-sakat saya sendiri kata: “Tak apalah yang curi duit tu dia bukan kita. Itu antara dia dengan Tuhanlah. Dia bagi kita ambil lah.”

Bukan ambil saja. Lepas itu pertahan pula orang yang mereka sendiri kata buat salah.

Mereka ini orang yang sembahyang sampai kematu dahi dan tak putus-putus hadir kuliah agama di mana mereka selalu dibagi amaran supaya jaga makan minum.

Jaga apa yang dibagi makan kepada anak bini. Dibagi amaran, daging yang jadi daripada sumber haram akan dibakar api neraka.

Yang sedih dan anehnya bukan rakyat totok saja yang percaya diayah bahawa Najib ini kena aniaya dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) aniaya dia.

Profesor dan pensyarah pun ada yang percaya – macam seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang sebarkan maklumat palsu, tidak lengkap dan buat kesimpulan songsang kononnya kerajaan PH jual harta negara
.
Najib Yang Jual

Kalau pun ada kerajaan PH jual harta negara, ini adalah harta yang sudah pun dijual oleh Najib dan kerajaan BN masa mereka berkuasa macam tanah TRX, tanah Bandar Malaysia dan Edra Global Energy.

Itu pun mana yang tidak terlambat kita runding semula dan berjaya kurangkan belanja dan dapat syarat yang lebih baik daripada yang Najib rundingkan.

Ambil contoh ECRL yang kita berjaya kurangkan kos sebanyak RM21.5 bilion.

Yang lain yang kita dengar dijual itu adakah harta syarikat (korporat) yang sememangnya boleh dijual beli. Itu pun kerana terpaksa jual untuk tampung hutang yang Najib tinggalkan dan kerugian besar yang Najib dan konco-konco dia buat.

Kita tidak jual sesuka hati macam Adnan Mansor buat dengan tanah Bandaraya Kuala Lumpur. Hanya aset korporat yang tidak terlalu penting, tidak strategik atau rugi terlalu besar kita jual.

Aset penting dan strategik macam yang dimiliki Felda dan Tabung Haji (TH) dijual kepada agensi milik kerajaan sendiri. Lebih kurang dari tangan kiri kepada tangan kanan.

Penerbangan Malaysia (Mas) pun kalau ada pembeli tempat, kita wajib bagi keutaman kepada mereka sebelum kita berunding dengan orang luar.

Cukuplah kerajaan dan pembayar cukai bagi kepada Mas RM25 bilion sejak tahun 2001.

Kalau tak percaya, tengoklah TH. Dari awal lagi kita bagi amaran dan kita bantah Najib lantik konco dia, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, jadi pengerusi TH.

Kita tahu siapa dia ini. Tapi Najib masa dia berkuasa dia tak dengar nasihat siapa pun kecuali konco-konco dia dan bini dia, Datin Paduka Seri Puti Reno Rosmah Mansor.

Abdul Azeez dilantik jadi pengerusi TH pada 1 Julai 2013. Kalau ikut gelaran menanglah dia ni Melayu yang hebat – Datuk Seri Panglima. Tapi panglima apa? Dalam masa tak sampai lima tahun TH lingkup.

Berikut inti pati laporan/penjelasan yang saya dapat daripada beberapa sumber termasuk TH sendiri dan Kementerian Kewangan mengenai bala yang timpa TH:

1. Pengurusan dan pentadbiran terdahulu telah menyeleweng dana Tabung Haji melalui pembelian yang meragukan sehingga rugi RM10.2 bilion.

2. Pengurusan juga telah memanipulasi standard perakaunan untuk mengelakkan akaun mereka menunjukkan kerugian dan dengan itu boleh bayar hibah yang tinggi. Mereka guna duit penyimpan untuk bayar hibah. Maksudnya makan modal.

3.Untuk selamatkan Tabung Haji, Kerajaan terpaksa beli aset TH yang telah jatuh nilainya dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Kerajaan beli aset TH yang nilainya RM9.7 bilion dengan harga RM19.9 bilion melalui syarikat milik kerajaan Urusharta Jemaah Sdn Bhd.

Kerajaan tak jual harta TH kepada orang luar atau kepada Cina DAP macam didakwa oleh sesetengah pensyarah dan profesor “kangkung” serta lebai penjaja agama. Tak macam Najib jual Edra kepada syarikat negeri China.

Alhamdulillah Abdul Azeez telah pun didakwa di mahkamah dan siasatan telah dan sedang dilakukan ke atas bekas ahli lembaga pengarah serta pengurusan kanan TH.

Yang banyak jual aset negara dan aset GLC kepada orang luar ni Najib dan konco-konco dia. Bila tak ada duit untuk bayar hutang atau untuk isytihar dividen yang tinggi mereka jual aset untuk jana keuntungan luar biasa.

Hari demi hari harta negara dan aset GLC makin berkurangan atau susut nilainya. Kemampuan untuk buat keuntungan semakin tipis maka akhirnya jadilah macam TH.

Banyak Lagi Najis

Masalahnya bukan di TH dan Felda saja Najib dan konco-konco dia buat “najis”. Banyak lagi tempat yang mereka geledah dan perah.

Berikut saya senaraikan secara sepintas lalu butir-butir yang saya peroleh daripada sumber rasmi, separuh rasmi dan media massa mengenai “tahi” yang Najib dan konco-konco dia tinggalkan:

1MDB

1. Kerajaan sekarang sedang tanggung RM32.2 bilion hutang 1MDB.

2.Jumlah ini bagaimanapun belum masuk bayaran faedah dan bayaran lain yang berkaitan dengannya.

3.Aset 1MDB tidak mampu jana hasil untuk bayar faedah dan bayar balik pinjaman maka dengan itu perlu ditanggung melalui peruntukan Kerajaan. Kita yang bayar cukai dan anak cucu kitalah yang tanggung.

4.Jumlah faedah dan bayaran balik pinjaman yang Kerajaan kana tanggung dianggarkan lebih RM50 bilion.

Felda

1.Kelemahan tadbir urus dan penyelewengan seperti beli harta dengan harga yang terlalu tinggi telah jejaskan kewangan FELDA. Bagi pulihkan balik Felda Kerajaan terpaksa suntik RM6.2 bilion.

2.Contoh terbaik penyelewengan ialah apabila Felda “dipaksa” beli syarikat ladang PT Eagle High Plantation di Indonesia dengan nilai RM2.1 bilion walaupun harga pasaran hanya RM1.0 bilion. Pada akhir tahun 2018, nilai pelaburan ini telah jatuh kepada RM600 juta saja.

3.Ini semua kerana pemilik PT Eagle High Plantation adalah kawan baik dan konco Najib bernama (Tan Sri) Peter Sondakh, seorang Cina Indonesia.

SSER

1.Skandal saluran paip gas Sabah bernilai RM9.4 bilion ini melibatkan syarikat dari negeri China.

2.Konspirasi menipu ini jelas bila bayaran RM8.3 bilion atau 88 peratus dibuat sedangkan kerja pembinaan yang dilaksanakan hanya 13 peratus. Itu pun tidak dapat disahkan secara rasmi.

Satu lagi skandal yang dikhuatiri akan meletup ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang melabur pencen anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Apa yang ditemui sehingga ini ialah:

1.Tindakan pengurusan terdahulu telah jejaskan kedudukan kewangan hingga susah bagi LTAT hendak isytihar dividen bagi tahun kewangan 2018.

2.Sebagai contoh, LTAT telah “dikerah” untuk beli syarikat konsesi “automated enforcement system” (AES) dengan harga RM555 juta walaupun projek tersebut dikhuatiri tidak berdaya maju dan ditentang oleh pengguna jalan raya.

3.Yang peliknya, ada ahli lembaga pengarah yang duduk dalam lembaga lebih 20 tahun dan kumpul saham anak syarikat LTAT sampai hampir RM150 juta.

Saya yakin iaitu setelah selamatkan TH dan Felda, kerajaan tentulah tidak akan abaikan kebajikan anggota dan pesara tentera. Sekali lagi kerajaan PH kena bersihkan “najis” yang kerajaan BN tinggalkan. Najib ni lama jadi Menteri Pertahanan.

SRC International Sdn Bhd

1.SRC ni asalnya anak syarikat 1MDB. Tapi bila tak mampu bayar balik hutang, Najib pindahkan ke Kementerian Kewangan. Masa itu dia Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

2.Seperti yang kita dengar dalam laporan perbicaraan Najib sekarang, dia arah Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) supaya bagi pinjaman RM4 bilion kepada RSC yang sebanyak RM42 juta didakwa masuk ke dalam akaun peribadi dia.

3.Hutang RM4 bilion ini dijamin oleh Kerajaan Pusat tapi SRC ni tak ada aset untuk bayar balik hutang KWAP. Nak bayar faedah pun tak ada duit.

4. Jadi siapa yang kena tanggung “tahi” yang Najib buat ini? Jawabnya Kementerian Kewangan. Akhirnya kita yang bayar cukai dan anak cucu kitalah yang kena tanggung “tahi” Najib ini.

Bayaran balik Cukai Jualan

1.Kerajaan BN kata hasil cukai dan kedudukan kewangan kerajaan lebih kukuh kerana GST. Tapi dia tak ambil kira rebat cukai pendapatan dan GST yang kena dipulangkan kepada pembayar cukai.

2. Bila Kerajaan PH ambil alih, kita dapati Najib berhutang RM37 bilion kepada pembayar cukai. Kita paksa sediakan RM37 bilion untuk bayaran balik tertunggak iaitu RM19 bilion untuk GST dan RM18 bilion untuk cukai pendapatan.

3.Jumlah itu tak dapat dibiayai dengan hasil biasa jadi kerajaan terpaksa minta dividen khas RM30 bilion dari Petronas.

Jangan Jadi Munafik

Tok haji, tok lebai, petani, nelayan, kakitangan kerajaan, profesor tulen dan profesor kangkung marilah kita berfikir dalam sikit.

Kalau Najib ni tak ada apa-apa nak sembunyi, pasal apa dia bantah sangat akta wajibkan Ahli Parlimen macam dia isytihar harta?

Boleh kata semua Ahli Parlimen PH dah isytihar. Jadi pasal apa pembangkang liat sangat?

Dulu masa skandal 1MDB mula timbul, Najib kata dia kaya dan banyak duit sebab “legacy” – keturunan.

Memanglah keturunan dia kaya, terutama sebelah ibu. Datuk dia, Almarhum Tan Sri Mohamed Noah Omar atau “Noh Berot”, adalah rakan kongsi mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dalam projek judi dan riadah Genting Highlands. Gelaran “Noh Berot’ ni adalah kerana dia belajar di Beirut, Lebanon.

Berkenaan pensyarah yang menuduh kerajaan PH jual RM20 bilion aset negara dalam masa 400 hari itu, nama yang dia pakai adalah Abdul Muein Abadi. Dia dakwa dia pensyarah program Sains Politik UKM.

Rencananya yang bertajuk “Eksklusif: 400 hari PH jual lebih RM20 bilion aset negara” itu disiarkan, antara lain, oleh portal politik Umno-Online. Maaf cakaplah rasa macam ada konspirasi.

Naib Canselor UKM ni nama dia Prof. Ir. Dr Mohd Hamdi Abdul Shukor. Dia ni lantikan zaman kerajaan PH oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Punyalah baik kerajaan PH dan si Maszlee ni maka turut dilantiknya bekas menteri kabinet Najib, Tan Sri Abdul Wahid Omar, untuk jadi pengerusi lembaga pengarah UKM.

Jadi saya mintalah Maszlee bagi penjelasan dan pencerahan kalau dia baca blog kita ini. Takut-takut kita ni jadi mangsa mainan kayu tiga oleh "the deep state".

Wallahuaklam.
Terima kasih.

Tulisan A Kadir Jasin

7 comments:

  1. Ape lagi yg perlu di bicarakan pasal najib....najib sudah masuk mahkamah dan tak ade kuasa lagi dlm menentukan halatuju negara...

    Madey yg bertanggonjawab menguruskan negara dan membawa rakyat kpd kehidupan yg lebih baik...

    Selepas 1 tahun madey gagal buat perubahan....ekonomi yg baik seblm pru nerudum selepas madey angkat sumpah jawatan hingga sekarang....janji manipestol ditipu oleh madey...

    Nak tutup kelemahannye yg tak berkemampuan mengubah negara madey dan puak2 nye tuduh angkara najib...madey putarbelit hutang negara 1 ttilion yg hakikatnye madey tambah hutang negara dgn non semurai dan bon panda vina kominis...rezab petronas yg lumayan di zaman najib di jarah oleh madey....aset negara 20 bilion di jual oleh madey...Kadiaq pembodek madey warning pensyarah yg dedahkan butiran aset negara yg lesap...

    Dividen Tabong haji dikecilkan kununnye TH rugi walopon aset telah diserahkan kod SpV hampir 20 bilion...peliknye kalo TH rugi kenape TH boleh bayar zakat juta2... Yg rugi masih wajib bayar zakat?...

    Sawit merudum madey terpaksa sembah cina kominis dgn janji ecrl diteruskan...

    Terbaru nak bayar syarikat konsessi tol yg rugi dah hampir tamat tempoh tol...tol akan diteruskan waktu puncak hingga kiamat....tol free waktu hantu setan dan jin keluar merayau...

    Realitinye puak madey tak mau ngaku gagal tingkatkan kehidupan rakyat....

    ReplyDelete
  2. Laporan odit negara oleh amrin buang mengenai kewangan 1 mdb menunjukkan hutang 1 mdb 54 billion ..1 mdb punyer aset 54 bilion yg bermakna 1 mdb masih seimbang...Projek bandar 1 mesia dan TRX boleh bawak ontong besar yg mampu bayar hutang2 1: mdb tanpa nenjejaskan kewangan negara...

    1 mdb di putarbelit sebabkan masalah kewangan negara kerana madey nak tutup kelemahanye tak mampu uruskan negara ke tahap yg lebih baik seperti yg di janjikan...

    Madey tipu manipestol kerana madey ade agenda peribadi nak buat projek kereta ke 3 untuk kayekan kroni dan anak branak madey...vendor proton milik anak branak madey terjejas terok kerana Geely telah beli saham proton..madey tak berani udik syarikat milik cina kominis yg dia sudah sembah..

    Madey nak kencing anwar tak mau serahkan jawatan PM kerana agenda peribadinye blm terlaksana...madey nak naikkan boboi untuk jaga empayar perniagaan anak branak madey...

    ReplyDelete
  3. Kadir tipu wang gst hilang..


    Wang RM18 bilion tidak hilang...
    Azura Abas dan Irwan Shafrizan Ismail

    TAN Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. FOTO Abd Rahim Rahmat
    TIADA wang yang hilang dalam dana amanah pembayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana semua kutipan GST perlu dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

    Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, mengikut Akta Prosedur Kewangan 1957, setiap hasil yang dikutip kerajaan termasuk GST, cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dividen PETRONAS dan Bank Negara Malaysia (BNM) serta hasil lain perlu dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

    Beliau berkata, segala pengurusan keluar dan masuk hasil kewangan dan bayarannya diuruskan Jabatan Akauntan Negara di mana diaudit setiap tahun dan laporan turut dibentangkan di Parlimen.

    Katanya, daripada segi prosedur, keperluan wang untuk dimasukkan ke dalam tabung dana amanah pembayaran balik GST hanya dibuat selepas Mesyuarat Pengurusan Aliran Tunai kerajaan yang diadakan setiap bulan.

    “Mesyuarat ini akan membincangkan secara terperinci kedudukan kutipan hasil berbanding yang disasarkan, dan kedudukan perbelanjaan sama ada perbelanjaan mengurus atau pembangunan.

    “Dalam mesyuarat ini juga, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan membentangkan keperluan dana untuk membuat bayaran balik dan jumlah tunggakan yang perlu dibayar. Mengikut keperluan mereka dan kedudukan hasil kerajaan, mesyuarat akan membuat keputusan berapa jumlah peruntukan untuk disalurkan kepada dana amanah ini daripada Kumpulan Wang Disatukan.

    “Bagi pihak JKDM untuk 2017, jumlah bayaran balik tuntutan yang dibuat berjumlah RM23 bilion iaitu lebih 34 peratus daripada jumlah pungutan GST. Tunggakan bayaran pula difahamkan sebanyak RM15 bilion lagi bagi tahun itu yang memerlukan verifikasi, siasatan dan proses pengauditan,” katanya kepada pemberita di Putrajaya, hari ini.

    ReplyDelete
  4. Selepas 1 tahun tak de ape pon tindakan dari polis...lge dan kadir anak jasin bohong...

    Hilang 19 billion, dicabar lapor polis, LGE berdalih hanya jumpa polis
    Executive Editor Ogos 18, 2018 0


    Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata dia akan memberi keterangan kepada polis minggu depan berkenaan dakwaan kehilangan RM19.25 bilion dalam akaun amanah GST.

    Lim dalam kenyataan hari ini berkata dia menyahut cadangan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang mencadangkan beliau membuat satu laporan polis berhubung perkara itu.

    Beliau berkata Najib tidak akan ada lagi alasan untuk tidak menjawab soalan penting berkaitan dakwaannya itu.

    “Najib enggan menjawab tentang penglibatan beliau sebagai menteri kewangan dalam masalah ini dengan mengatakan saya harus membuat laporan polis.

    “Polis akan mengambil keterangan saya minggu hadapan dan Najib tidak akan ada lagi alasan untuk mengelak daripada menjawab 3 soalan penting tentang kehilangan RM19.25 bilion dalam Tabung Bayaran Balik GST yang menjejaskan 121,429 syarikat dan individu.

    “Kerjasama penuh dengan pihak polis menunjukkan kerajaan baharu mahu kebenaran didedahkan,” katanya hari ini.

    Sebelum ini, Lim mencetuskan gempar di Dewan Rakyat apabila dia menuduh BN “rompak” wang tuntutan GST daripada Kumpulan Wang Disatukan dan menyebabkan kekurangan sebanyak RM19 bilion yang tidak dibayar kepada para peniaga sejak 2015.

    Jumlah wang perlu dibayar balik adalah RM9.2 bilion pada 2018, RM6.8 bilion pada 2017, RM2.8 bilion pada 2016 dan RM600 juta pada 2015.

    Lim berkata kastam mengesahkan bayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion setakat 31 Mei 2018 tetapi akaun amanah itu hanya mempunyai RM1.4 bilion.

    Najib berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) berlindung sebalik kekebalan Parlimen dan menggesa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam menyiasat dakwaan itu.

    Bekas perdana menteri berkata kerajaan PH menyalahkan kegagalannya melaksanakan janji manifesto pilihan raya ke atas pentadbiran Barisan Nasional (BN) lepas.

    ReplyDelete
  5. Sah kadir anak Jasin menipu kes wang GST.

    PAC dapati dakwaan Lim bayaran balik GST 'dirompak' tak tepat

    10:57 pagi (Dikemaskini 11:09 tengahari)

    A A
    Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dipercayai mendapati dakwaan Menteri Kewangan bahawa pentadbiran BN sebelum ini "merompak" dana untuk bayaran balik GST sebagai tidak tepat.

    Malaysiakini difahamkan PAC mendapati pentadbiran BN membuat anggaran berlebihan (overestimate) untuk hasil yang akan diterima daripada GST, dan pada masa sama membuat anggaran rendah (underestimate) berkenaan jumlah yang diperlukan untuk bayaran balik.

    Bagaimanapun kerajaan dahulu tidak 'mencuri' atau mengambil dana dalam akaun disatukan untuk bayaran balik tersebut.

    Sumber yang dihubungi Malaysiakini enggan mengulas lanjut perkara itu dan meminta menunggu laporan PAC dibentang kepada umum minggu depan.

    Siasatan dimulakan September lalu selepas Lim memberitahu Dewan Rakyat bahawa RM19.4 bilion dana bayaran balik GST diseleweng pentadbiran BN.

    Ia menyebabkan tunggakan yang perlu dibayar kerajaan Pakatan Harapan (PH).

    ReplyDelete
  6. Najis yang sudah Nazak... Najis Nazak

    ReplyDelete